AMBNaC
⇔ AdaMasalahBaruNakCari
⇔ AdaMasalahBaruNakCari



Mar 11th
Ada seorang pelawat yang melawat blog aku daripada kata kunci “stuktur storan zip drive”. Dan seiring dengan itu ada sekali pautan kepada artikel daripada Utusan Malaysia dalam kolum Megabait yang memperkatakan tentang revolusi dan evolusi kaedah storan data yang lebih kurang seperti artikel aku tentang bagaimana kaedah storan berubah daripada menggunakan kad tebuk kepada yang terkini. Dan didalam artikel tersebut ditulis;
Pada masa kini, sebuah PC … boleh menyediakan ruang cakera keras sehingga 30 GB, yang merupakan ruang yang lebih dari mencukupi untuk kerja-kerja harian, hiburan dan gaya hidup.
Menarik! 30GB sudah mencukupi.
Mungkin kerana More >
Mar 9th
Posted by TMUkmkd in Ceritera Dunia
Apa dapat dikatakan. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk aku menumpukan kepada satu perkara. Pagi tadi telah berlangsung peperiksaan untuk Microsoft DotNet. Peperiksaan yang kedua. Yang pertama aku lulus dengan cemerlang. 921 daripada 1000 markah yang ditawarkan. Ya aku berjaya kali itu. Tetapi untuk kali ini aku gagal. Ya aku gagal kali ini. Σ(゚□゚;)
Dengan markah hanya 461 daripada 1000 aku gagal untuk mencapai markah lulus 700. Tiada apa yang boleh dikatakan. _| ̄|○ More >
Mar 9th
Posted by TMUkmkd in Ceritera Dunia
Boleh dikatakan hampir seminggu ni kawasan sekitar Gong Badak, alah yang terkenal sekejap kerana stadium runtuh tempoh hari, berjerebu!
Pukul 8 malam langit masih cerah, masuk pukul 11 malam akan nampak kawasan dikelilingi jerebu. Dan bomba akan berlegar-legar membunyikan siren dan memadamkan kawasan yang terbakar. Masalahnya malam, bukannya siang.
Masalahnya bagaimana boleh terbakar?
1. Penghapusan sampah
Tidak dinafikan satu cara penduduk kampung untuk menghapuskan sampah adalah membakar sampah tersebut. Dan secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan jerebu (ops, jerebu tidak membiak) dikawasan ini. More >
Mar 8th
Posted by TMUkmkd in Ceritera Dunia
Tuan Ceploz amat sibuk kebelakangan ini. Dia perlu menghadiri mesyuarat merata dunia, merata benua. Sehinggakan terlupa tugas bulanannya untuk memberikan sedikit hadiah kepada sesiapa yang mahukan. Oleh itu bulan Mac yang panas ini akan disejukkan sedikit dengan pemberian hadiah Tuan Ceploz.
Jika sesiapa perasan, dunia Pet Society telah berubah sedikit. Itu adalah disebabkan projek penjenamaan semula Pet Society oleh Tuan Ceploz dan dibantu oleh Mayor dan pasukannya.
Tuan Ceploz hanya bantu dari segi kewangan sahaja. Kalau perasan disudut bawah kanan (tekan gambar dikanan anda untuk lebih jelas) ada ladang sayuran dan kambing agro. Itu pun satu langkah memajukan lagi kawasan Pet Society ini. Hebat tak?
Baiklah kita pergi ke agenda yang sebenar.
Kali ini tidak banyak kerana Tuan Ceploz tidak sempat membeli barangan harian iaitu telur misteri secara tetap, dan ini sahajalah yang dapat diberikan. Caranya anda perlu membuat komen dengan nama yang boleh dikenali oleh Tuan Ceploz didalam ruangan komen dibawah. More >
Mar 7th
Salinan sandar atau lebih dikenali dengan nama Inggeris, backup (glosari: salinan sandar.1) adalah amat penting didalam semua kerja. Lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia digital. Tetapi apakah jenis fail yang boleh dibuat salinan sandar dan kemanakah salinan sandar itu boleh disimpan?
Mar 6th
Aku guna Struts, nak guna JFreeChart tak tahu, nak guna Cewolf pun tak tahu.
Mudah-mudah guna Google Chart API saja.
Percubaan untuk mengeluarkan Chart
Mar 5th
Posted by TMUkmkd in Seni Berzaman
Korang mesti pernah dengar kisah Burung Jenjang Si Penenun Kain kan?. Jangan risau aku takkan menulis cerita pelik seperti cerita Anakin D. Moonwalker si Pemotong Kayu lagi. Sumpah! Baiklah, aku kurang pasti apa tajuk dan bagaimana cerita ini dikawasan korang tetapi lebih kurang beginilah, seorang petani dari Jepun atau China berjumpa dengan seekor Burung Jenjang (seperti dalam gambar [via]) yang sakit pada musim sejuk dan dia menjaganya sehingga sehat.
Lalu Burung Jenjang itu membalas jasa petani tersebut dengan bertukar kepada seorang gadis dan menenun baju sutera daripada bulunya sendiri. Akhirnya rahsia Burung Jenjang tersebut diketahui oleh petani tersebut dan cerita tersebut bukanlah berakhir dengan gembira pada perkiraan aku.
Tetapi bukan tentang cerita itu yang aku mahu katakan tetapi tentang Burung Jenjang tersebut. More >

Sembang Lebat