Filem 30 Minit : Dehidrasi

Hari ini hari yang sibuk.

Pengambaran filem pendek untuk tugasan subjek penulisan dan pengucapan awam perlu dilakukan. Kenapa tugasan tersebut diberikan. Entah. Tetapi ramai yang setuju. Mungkin mahu mencungkil bakat berlakon masing-masing.

Dari sebuah kampung untuk sesi pertama pada pagi hari dan sesi kedua di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kami disana untuk membuat pengambaran di sana. Malang sekali kerana pihak HSNZ tidak membenarkan kru membuat pengambaran disana kerana soal keselamatan dan mungkin bercanggah dengan polisi mereka. Akhirnya dibuat keputusan bahawa pengambaran di HSNZ dibatalkan. Lokasi gantian masih didalam pencarian.


Dari Bas Menjadi Beca
beca-pak-harun

Pak Harun dan Muaz

Pada mulanya untuk menjadikan pengambaran didalam bas sebagai salah satu skop. Tetapi oleh kerana bas yang mempunyai kepadatan penumpang yang terlalu ramai menyebabkan pengambaran didalam bas dibatalkan. Dan nasib baik adanya Pak Harun. Pak Harun Beca. Mesra orangnya, mampu bekerjasama dengan baik. Siap boleh berlakon.

Akhirnya pengambaran kami diteruskan didalam beca. Bukannya bas. Hidup beca! haha. Malang pada Pak Harun apabila brek becanya rosak apabila mahu menuruni bukit.

Antara lokasi lain adalah Pantai Batu Buruk, Eja Cafe, Masjid Putih serta sekitar Kuala Terengganu.

Yang paling seronok adalah dehidrasi selepas pengambaran. Mungkin terlupa membawa air untuk diminum ditambah dengan bahang panas. Ahad pengambaran sesi ketiga di rancang untuk melengkapkan apa yang masih belum siap.

  • Notakaki 1: Sentiasa bawa air. Walaupun nampak tidak perlu. Kurangkan minum air manis. Elakkan dihidrasi.
  • Notakaki 2: Tripod perlu ada tapaknya. Tanpa tapak tripod tidak boleh berfungsi untuk melekapkan objek keatas tripod.
  • Notakaki 3: Untuk membuat pengambaran di kawasan sekuriti tinggi (contoh: hospital). Anda perlukan sebulan untuk menyiapkan kertas kerja. Walaupun untuk mengambil gambar untuk 2 minit.
  • Notakaki 4: Kretif. Gunakan apa yang ada untuk selesaikan kerja. Tiada bas, beca pun boleh! Tiada tripod, kaki pun jadi!

15 Respon to “Filem 30 Minit : Dehidrasi”

  1. [...] Filem Pendek. Jika kamu masih ingat tentang Sedetik Masa. Filem pendek yang dibintangi oleh Pak Harun. Aku diberikan DSLR Nikon [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. [...] Filem pendek 30 minit sebagai tugasan kumpulan telah diubah kepada nama baru, Surat dariapada nama asal, The Letter. Kalau aku rajin nanti aku muatnaik. Macam la korang nak tengok filem murahan ni. [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. [...] merupakan editor untuk projek filem pendek 30 minit yang masih tiada tajuk tetap yang aku beri nama The Letter sebagai nama tidak rasmi. Dan aku [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Luth Textile says:

    wah wah,, bagus dowh!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. ruff says:

    wow berwajah baru…lama x jalan2 sini

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Fadzli says:

    terengganu still ada beca lagi ea.. bagus la mcm tuh.. dah tak banyak tempat ada beca.. kat melaka nih pun cuma kat bandar hilir jer yang ada.. itu pun dah kurang sebab ramai tak naik.. depa rugi kot.. huhu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. Nazz says:

    Fuiyo.. sebulan kertas kerja untuk filem 2 minit..
    kalau aku mau hangin jer..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Dr House says:

    Wah wah. Nak jadi pelakon kau ye skang. Bagus2.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. sukiminna says:

    ni ke filem pendek yang ko war2kan ritu? ni ke filem yang ko nak letak lagu akhir lagu ape ntah ritu..?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License