Ubuntu 8.04.4 Dilepaskan

ubuntu LogoTatkala pemerhati dan peminat Ubuntu menunggu apa yang terbaru pada Ubuntu 10.04 LTS, adalah dimaklumkan bahawa Ubuntu 8.04.4 telah dikeluarkan dan ianya merupakan versi terakhir untuk Ubuntu 8.04 LTS [1]. Kerana selepas ini Ubuntu 10.04 LTS akan dikeluarkan pada bulan 4.

Sebanyak 77 pembaikkan dan beberapa pepijat telah dibetulkan termasuklah pepijat yang menjurus kepada masalah sekuriti dan kesan tahap tinggi yang lain.

Antara yang diperbaiki adalah;

  • Menyokong penggunaan fail imej cakera padat (CD image) yang disimpan didalam pemacu USB (#234185)
  • Memperbaiki masalah keruntuhan aplikasi Firefox disebabkan NSSRWLock_LockRead_Util() (#236853)
  • Memperbaiki masalah pelayan freeradius daemon yang tidak berfungsi terhadap arahan “reload” (#252686)

Dan untuk masalah tentang kelemahan atau kerentanan anda boleh merujuk didalam http://www.ubuntu.com/usn.

Notakaki 1: Jika anda merasakan bahasa yang digunakan didalam ini kurang difahami mungkin bahagian glosari boleh membantu.
Notakaki 2: Tidak sabar untuk menunggu apa yang terbaru tentang Ubuntu 10.04

Rujukan
[1] DistroWatch, “DistroWatch.com. Use Linux, BSD.,” Distro Watch.
[2] Steve Langasek, “Ubuntu 8.04.4 LTS released,” Ubuntu.

2 Respon to “Ubuntu 8.04.4 Dilepaskan”

  1. noorafzan says:

    salam singgah sini bro..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License