Didalam AMBNaC (Blogspot) dahulu pernah aku menulis tentang Firefox Mobil atau dikenali dengan nama Fennec. Setelah lama tidak keluar berita tentang Fennec, akhirnya minggu lepas terdapat berita bahawa Fennec akan dilepaskan dan pada hari ini sah, Fennec dikeluarkan untuk kegunaan mobil [1].
Telefon yang menyokong aplikasi ini adalah Nokia N900 yang menggunakan pelantar Nokia Maemo sebagai sistem operasi mereka. Dikatakan bahawa Fennec mampu menyokong sekurang-kurangnya 40 aplikasi tambahan Firefox yang biasa yang seperti AdBlock, TwitterBar dan antara yang penting adalah YouTube Enabler yang membolehkan pengguna menonton video daripada YouTube [2].
Fennec juga menyokong Weave Sync yang membolehkan pengguna menghantar data penting seperti katalaluan, sejarah pelayaran dan penanda laman daripada Firefox di komputer [2].
Tidak dilupakan kemampuan untuk mengetahui dimanakah anda berada dengan menggunakan aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama seperti Geode.
Untuk mereka yang mempunyai N900 dan mahu mencuba Fennec anda boleh dapatkan di [sini] [1].
Notakaki 1: Kelakar pula bila aku baca kembali entri mana tentang Fennec tu. Masa tu aku gunakan kaedah “gambar dan simbol”. Kaedah yang aku reka ikut kepala sendiri.
Notakaki 2: Mampukah Fennec menjadi pesaing kepada Opera Mobil yang sememangnya terkenal dikalangan pengguna mobil. Pendapat anda?
Rujukan
[1] Jessica Dolcourt, “Mozilla releases its first mobile Firefox browser,” Cnet Download Blog, Jan. 2010.
[2] Erica Jostedt, “Firefox for Mobile Now Available on Nokia’s Maemo Platform!,” Mozilla Blog, Jan. 2010.
phone aku screen kecik. tak best kalau on9 pakai phone melainkan on9 fb dgn twitter. haha.
Like or Dislike:
0
0
aku punya phone lagi simple :p
tak de 3g pun
Like or Dislike:
0
0