1 Februari: Ulang Tahun ke-tiga

Yang selalu orang Malaysia tahu tentang tanggal 1 Februari adalah cuti. Cuti untuk mereka yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Namun disebalik itu juga ada sambutan yang memberi makna kepada beberapa golongan atau kumpulan terutamanya mereka yang bergiat secara langsung didalam bidang akademik. Iaitu tarikh anjakkan dan migrasi daripada status Kolej Universiti kepada status Universiti kepada beberapa Institusi Pengajian Tinggi yang dijalankan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu, Datuk Mustapa Mohamed.

Kolej Universiti yang terlibat adalah;

  • Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) → Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) → Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)*
  • Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) → Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) → Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) → Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) → University of Malaysia Pahang (UMP)
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) → Univeristi Sains Islam Malaysia (USIM)

Anjakkan tersebut dilakukan pada 1 Februari 2007 iaitu genap tiga (3) tahun penukaran status tersebut berlangsung. Selepas permohonan daripada pihak Kolej Universiti kepada Menteri Pengajian Tinggi pada April 2006 dan diluluskan pada Oktober 2006 [1]. Punca utama yang menyebabkan perubahan ini berlaku adalah disebabkan kurangnya penerimaan oleh golongan profesional dan majikan terhadap pelajar kelulusan Kolej Universiti yang dikatakan sebagai lepasan universiti kelas kedua [2]. Walaupun kes tersebut bukanlah majoriti tetapi masalah tersebut masih wujud dan pihak institusi pengajian tinggi cuba untuk menghapuskan sentimen tersebut.

Notakaki 1: Sudah tiga (3) tahun, berapa peratus rakyat Malaysia yang mengetahui wujudnya UMT dan Universiti anjakkan ini?
Notakaki 2: Berapa ramai rakyat Malaysia yang masih terkeliru bahawa UM, UMT, UMP tidak berkaitan satu sama lain didalam soal pentadbiran. Selain ada mereka yang berfikir, UMT = Universiti Malaya kampus Terengganu, UMP = Universiti Malaya kampus Pahang. Seperti mana yang dijalankan oleh UiTM yang mempunyai kampus yang banyak diserata Malaysia.
Notakaki 3: Agak-agak perlu tak bagi hadiah dari pelajar ke pentadbiran Universiti korang yang terlibat? sebagai tanda “tahniah”

*KUSZA/UDM tidak disenaraikan sebagai salah satu daripada Kolej Universiti yang terlibat [2]. KUSZA diiktiraf menjadi UDM pada 1 Januari 2006 [3].

Rujukan
[1] Chong, “Six New Local Public Universities in 2007 – Malaysia Students Blog,” Malaysia Students, Disember. 2006.
[2] Simrit Kaur, “Upgrade for six varsity colleges,” The Star Online, Disember. 2006.
[3] Zulhilmi Supaat, “Kompleks Sukan UMT Terbesar Di Antara 20 IPTA Di Malaysia,” Bernama, Disember. 2008.

Kemaskini 1: 31 Januari 2010. Ralat pada UDM.

6 Respon to “1 Februari: Ulang Tahun ke-tiga”

  1. afifisa says:

    nasib baik aku UM
    ekekekeke

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. chokilala says:

    soalan typical sewaktu nama masih KU lagi : “oo swasta eh?”. huhuhu. dan bila dah tukar nama “oo dah upgrade ye daripada kolej jadi universiti?”. huhu. tapi yang sebenarnya, cuma rebranding je

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      heh betul tu! bukan naiktaraf. hanya penjenamaan semula.
      p.s chukis U ko tak buat apa2 ke untuk sambutan tu? dengar kata MPP g jumpa NC pagi tadi. bagi hadiah kot.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. topo says:

    hohoho nak komen ape ek…
    bagus giler cara ko buat rujukan.. APA format ke?
    hahaha sure bahana final year project ni.. hahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      Yang aku guna tu style IEEE :) aku guna tu untuk buat technical report.
      kalau thesis guna APA. lain sikit. dia tak de numbering :D
      haha bahana gak la :p

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License