Nyahpepijat Dengan SOP

Notakepala: Entri ini berunsur teknikal.

Kadang-kala seronok untuk menggunakan cara yang lebih “oldskoolerz” apabila menjalankan aplikasi untuk sesi nyah-pepijat. Jika menggunakan IDE seperti NetBeans sememangnya terdapat fungsi nyahpepijat didalamnya yang memudahkan kerja anda. Tetapi jika sampai masa NetBeans tiba-tiba membuat mogok sehingga fungsi nyahpepijat mengeluarkan ralat;

org.netbeans.api.debugger.jpda.DebuggerStartException: Connection refused: connect

Kata mudahnya aplikasi nyahpepijat NetBeans tidak dapat dihidupkan dan sekaligus menyebabkan aku sukar untuk membuat surihan surihan nyahpepijat pada sistem tersebut. Lalu cara oldskoolerz digunakan. Dengan cara mengeluarkan status pada terminal secara manual.

Senario Contoh

public class databaseConnection…
…public int insert(String tableName, String fields, String values) {
int i = 0;
try {
i = stmt.executeUpdate(“INSERT INTO ” + tableName + ” ( ”
+ fields + ” ) VALUES ( ” + values + ” );”);
} catch (SQLException se) {
se.printStackTrace();
return -1;
}
return i;
}

Aku perlu mengetahui adakah hasil pulangan ini berjaya memberikan nilai 1 yang mengesahkan bahawa data yang aku beri daripada showRegisterCustAction.java dimasukkan kedalam pangkalan data MySQL.

public class showRegisterCustAction…
…int a;
a = dbCon.insert(“user”, “username, userPW, userAddress, userEmail, ”
+ “userICNum, userPhone”, “‘” + username + “‘,’” + password + “‘,’”
+ userAdd + “‘,’” + userEmail + “‘,’” + userICnumber + “‘,” + userPhone + “”);
System.out.println(“a = ” + a);
if (a == 1) {
dbCon.disConnect();
return “SUCCESS”;
} else {
dbCon.disConnect();
return “ERROR”;
}

Apa yang perlu aku masukkan adalah memasukkan arahan “System.out.println” atau SOP untuk membolehkan status a di pastikan membawa nilai 1 daripada databaseConnection.java yang diatasnya. Aku melakukan perkara tersebut adalah disebabkan untuk mengetahui dimanakah kesalahan yang menjurus kepada masalah data tidak dapat dimasukkan. Jika berjaya maka hasilnya dapat dilihat pada terminal pelayan GlassFish seperti gambar di bawah.

terminal-sop

hasil daripada SOP di Terminal

Walaupun sebenarnya terdapat arahan kepada struts.xml apabila data berjaya atau tidak dengan laman akan pergi ke dua tempat berlainan untuk dua situasi tetapi disebabkan aplikasi nyahpepijat gagal dihidupkan maka masalah yang berlaku sebelum sampai ke struts.xml tidak dapat diketahui cara SOP tersebut terpaksa digunakan.

<action name=”register”>
<result name=”SUCCESS” type=”redirect”>userRegisterSuccess.jsp</result>
<result name=”ERROR”>error.jsp</result>
</action>

Dan akhirnya masalah penghantaran data ini selesai dengan mendapati puncanya adalah nama lajur di pangkalan data tidak sama dengan apa yang di tulis didalam fail showRegisterCustAction.java. Cizdel! [1].

Masalah yang mudah. Diselesaikan dengan jalan yang susah. Lebih baik dari mengharap benda yang tidak berfungsi.

Notakaki 1: Ajaibnya selepas itu aplikasi nyahpepijat berjalan seperti biasa semula. Musykil!
Notakaki 2: Pasti, pasti dan pastikan nama apa yang anda beri sama dengan apa yang diperlukan
Notakaki 3: Aku menggunakan Struts 2.1, JDK 1.5 dan NetBeans 6.8 untuk PITA
Notakaki 4: Sebenarnya cara ini baik untuk perkara yang berkaitan dengan pangkalan data atau pelayan kerana sukar melihat masalah daripada bentuk GUI semata-mata.

Rujukan
[1] Topotato, “cisdel” Topotato, Jan. 2010.

12 Respon to “Nyahpepijat Dengan SOP”

  1. lxnx says:

    System.out.println mmg sgt berguna masa debug.. Kdg2 data yang varible pegang, xsama dengan ape yang kita predict.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  2. Mr.Bintang says:

    Even aku pun programmer gak.. tp langsung x faham.. hahahaha… sbb aku basic jer pun.. kbnykan blaja sendiri… hurmm..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. [...] adalah contoh rujukan. Sebagai contoh terbaik, aku gunakan rujukan yang aku buat pada entri Nyahpepijat Dengan SOP iaitu daripada Topotato. Zotero [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. [...] Tukar-Pautan « Nyahpepijat Dengan SOP [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. nOj says:

    gile mmg sgt berat ni. langsung x paham kebende dh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. topo says:

    sangat tak boleh blah rujukan ko.. hahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License