Jika anda biasa menggunakan Greasemonkey di Firefox, maka bergembiralah kerana Greasemonkey kini boleh digunakan di Chrome juga [1][2][3][4]. Untuk mereka yang tidak mengetahui apa itu Greasemonkey aku akan terangkan sikit. Secara mudahnya Greasemonkey adalah satu aplikasi bagus untuk mereka yang tidak suka kepada apa yang telah diberikan secara asal oleh sesebuah laman.
Contoh terbaik adalah Facebook. Walaupun pembangun dan pereka laman Facebook telah berusaha sedaya upaya, makan tak kenyang, tidur tak lena tetapi masih ada yang tidak suka kepada apa yang telah ditunjukkan kepada mereka. Masih ada yang mahu mengubah apa yang telah diberikan. Dengan itu terbitlah pelbagai grup yang mengajar bagaimana mahu mengubah laman profil untuk Facebook masing-masing, pelbagai orang melakukan carian untuk mencari jalan bagaimana menukar profil Facebook kepada yang lebih cantik. Itu juga yang dibuat oleh Greasemonkey. Ubah apa yang tidak perlu kepada sesuatu yang lebih baik.
Sejarah Greasemonkey
Aplikasi ini merupakan aplikasi tambahan didalam Firefox sejak Firefox 1.5 lagi. Dibina oleh Anthony Lieuallen, Aaron Boodman dan Johan Sundström. Dan jika anda bukan seorang yang handal didalam menggunakan JavaScript, maka ada cara yang lebih mudah iaitu menggunakan apa yang telah disiapkan oleh pengguna lain. Anda boleh mendapatkan skrip di userscript.org.
Sebagai contoh yang aku cuba dengan menggunakan Chrome 5 di Ubuntu untuk mengeluarkan senarai emotikon yang ada di Facebook Chat. Dengan cara ini aku boleh menggunakan emotikon tanpa perlu memetik kekunci seperti selalu tetapi hanya menekan sahaja gambar yang ada. Contoh penggunaan Greasmonkey terhadap Facebook Chat adalah seperti gambar di sebelah. Disebelah kanan menunjukkan apa bila Greasemonkey dimasukkan dengan skrip Facebook ChatBar +. Selepas itu anda hanya perlu tekan dan guna.
Terdapat banyak pilihan skrip yang disediakan untuk pengguna Greasemonkey untuk anda gunakan. Antaranya adalah UnFuck Facebook. Contoh penggunaan skrip tersebut adalah seperti dibawah.
Skrip Di Chrome
Untuk penggunaan skrip didalam Chrome anda tidak perlu memasang Greasemonkey tetapi hanya perlu memasang skrip secara terus yang diambil daripada userscript.org. Dan satu amaran akan keluar di bawah pelayar interent Chrome anda untuk memastikan bahawa skrip tersebut adalah betul dan bukannya dipasang secara tidak sengaja. Perkara ini adalah untuk keselamatan dan sekuriti. Amaran tersebut adalah seperti dibawah;
Dan anda boleh mengawal skrip apa yang anda mahukan dan apa yang tidak anda mahukan dengan membuka bahagian “extension” didalam Chrome.
Notakaki 1: Adakah penambahan fungsi yang baru ini mampu menaikkan lagi peratusan pegangan pengguna Chrome yang kini menunjukkan bahawa Firefox 3.5 dan IE8 bersaing hebat [5].
Notakaki 2: NetApplication mengatakan bahawa IE8 telah memecut kembali Firefox 3.5 dari segi peratusan pengguna dunia [5]. Tidak dinafian statistik daripada NetApplication kadang-kala dipertikaikan.
Rujukan
[1] Mike Melanson , “Get Ready to Get Dirty – Greasemonkey Comes to Chrome,” ReadWriteWeb, Feb. 2010.
[2] Adam Pash, “Chrome 4 Supports Greasemonkey Userscripts Without an Extension,” lifehacker, Feb. 2010.
[3] Jay Hathaway , “Greasemonkey comes to Chrome – get your userscripts ready!,” Download Squad, Feb. 2010.
[4] Seth Rosenblatt, “Greasemonkey comes to Chrome,” cnet, Feb. 2010.
[5] Mike Melanson, “Internet Explorer 8 Takes the Top Spot… Or Does It?,” ReadWriteWeb, Feb. 2010.
gud info.. sokaa..
Like or Dislike:
0
0
heh thanks
Like or Dislike:
0
0
Bagus2. Boleh pakai Mafia Wars autoplayer kat Chrome.
Like or Dislike:
0
0
ko kejam~
Like or Dislike:
0
0