Lima Klien Twitter di Linux

Twitter memang satu trend yang hebat didunia. Di UMT mungkin kurang sikit kerana kurang pendedahan. Tetapi ada sedikit golongan yang suka menggunakan Twitter. Kerana Facebook disekat semasa waktu bekerja dan Yahoo Messenger (YM) lambat. Oleh itu aku, Farehan dan Illias merasakan Twitter adalah terbaik!.

Ada banyak klien untuk Twitter. Sama ada menggunakan klien berasaskan pelayar internet, ruang kerja ataupun lebih gila atau g33k menggunakan CLI atau didalam bahasa melayu adalah antaramuka arahan berbaris antara muka garis perintah antara muka garis perintah. Dan yang aku mahu tunjuk pada entri ini adalah lima (5) klien Twitter yang aku dah cuba untuk Linux. Aku guna Linux Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

dari kiri ke kanan: buzzbird, pino, qwitik, twitux, gtwitter

Buzzbird [laman]
Versi terkini: 0.6
Kemaskini: 2, 3, 5, 10 minit

Pino [laman]
Versi terkini: 0.1.0b2
Kemaskini: 1 – 60 minit

Qwitik [laman]
Versi terkini: 0.1.2
Kemaskini: 3 – 60 minit

Twitux [laman]
Versi terkini: 0.69
Kemaskini: 3, 5, 15, 30, 60 minit

gTwitter [laman]
Versi terkini: 0.69
Kemaskini: 1, 3, 5, 10, 30, 60 minit

Di atas adalah secara ringkas dan dibawah adalah markah yang aku bagi untuk setiap klien Twitter yang aku gunakan.

Pemberat Buzzbird Pino Qwitik Twitux gTwitter Jumlah
Antara muka 1.5 4 (6) 4 (6) 5 (7.5) 4 (6) 4 (6) 21 (31.5)
Fungsi 1.7 5 (8.5) 4 (6.8) 3 (5.1) 3 (5.1) 3 (5.1) 18 (30.6)
Kemas kini 1.2 4 (4.8) 5 (6) 4 (4.8) 4 (4.8) 5 (6) 22 (26.4)
Mudah 1.5 4 (6) 4 (6) 3 (4.5) 3 (4.5) 3 (4.5) 17 (25.5)
Jumlah - 17 (25.3) 17 (24.8) 15 (21.9) 14 (20.4) 15  (21.6) 78 (114)

Dan daripada keputusan tersebut, disenaraikan mengikut markah tertinggi adalah

  1. Buzzbird
  2. Pino
  3. Qwitik
  4. gTwitter
  5. Twitux

Kenapa aku suka Buzzbird? Sebabnya adalah;

1. Pendekkan URL
Aku suka berkongsi url. Kadang kala promosi blog sendiri. Oleh itu aku perlukan satu cara automatik yang menyenangkan aku. Oleh sebab itu Buzzbird dipilih.

Pendekkan URL

2. Masa kemaskini
Buzzbird mempunyai masa kemas kini yang agak pendek iaitu dua (2) minit.
Tetapi jika anda seperti Suki yang suka untuk kepada aplikasi kemas kini yang laju, oleh itu aku cadangkan kamu menggunakan Pino ataupun gTwitter.

3. Antara muka yang selesa
Aku suka dengan Buzzbird. Antara muka yang selesa dipandang. Tetapi Pino juga tidak ketinggalan.

Kekurangan Buzzbird
Tiada ikon di bar notifikasi. Oleh itu aku kurang tahu adakah Twitter yang baru telah masuk atau tidak. Tetapi mempunyainya.

Notakaki 1: Aku rasa aku serba salah antara Pino dan Buzzbird. Mungkin dalam 2 hari lagi aku buat satu entri lagi yang mana aku pilih. Antara Buzzbird dan Pino.

5 Respon to “Lima Klien Twitter di Linux”

  1. [...] Ratu Klien Twitter aku semakin memuncak ( ̄△ ̄ゞ. Jika kamu mengikut penulisan aku mengenai Lima Klien Twitter di Linux aku telah mengeluarkan senarai lima bakal ratu yang akan menjadi klien twitter aku. Mungkin boleh [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. samdaddycool says:

    Aku setakat ni belum pandai eksploitasi twitter.. setakat tarik trafik je tahu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Dr House says:

    Aku pakai Choqok kat suse. Tapi ada bug le be retweet.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License