Filem Pendek. Sedetik Masa

Adalah dimaklumkan bahawa filem pendek dibawah produksi Secakop Filem Production (dahulunya dikenali dengan Secawan Kopi Filem Maker) yang bertajuk The Letter sebelum ditukar kepada Surat telah ditukar sekali lagi kepada Sedetik Masa O(≧▽≦)O. Pilihan tajuk ini adalah berdasarkan perubahan plot dan skop cerita pada hasil akhir.

Kemungkinan Sedetik Masa akan dimuat naik di atas talian jika maklum balas daripada penyelia projek, En Ahmad Hawari adalah baik atau mendapat permintaan agar filem tersebut dinaikkan. Secara keseluruhan kasar filem pendek ini mengambil masa 20 minit dan diambil dibeberapa lokasi yang berlainan sekitar Kuala Terengganu seperti Stesen Bas MBKT, Masjid Abidin Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk dan Rumah Universiti UMT. ε=( ̄。 ̄;) Selesai pun~.

Filem ini menggunakan dua jenis kamera, kedua-duanya adalah jenis Sony yang menggunakan HDD. Dan filem ini di gubah didalam Sony Vegas 9 didalam Windows XP.

Sepintas lalu Sedetik Masa

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Muaz yang dahulunya pernah tersesat ke jalan yang gelap sehingga menyebabkan dia sebagai seorang abang sanggup menodai dan merogol adiknya sendiri iaitu Anis ketika ketiadaan emaknya dirumah. Kini dia telah pun insaf dan mahu membetulkan kesalahannya kerana satu perkara. Dia mengetahui bahawa dirinya sudah tidak punya banyak masa untuk hidup didunia. Dia sedar bahawa dia bukan orang yang baik dan mempunyai banyak dosa. (・_・、)

Didalam pemgembaraannya yang terakhir itu banyak yang di temuinya. Yang paling menarik adalah apabila dia terjumpa dengan seorang pembawa beca, Pak Harun. Pak Harun bukannya lelaki yang kaya, bukan seorang yang muda, umurnya lanjut 70-an tetapi kerana mahu meneruskan hidupnya Pak Harun sanggup untuk berkayuhan demi mencari yang halal. Dan didalam perjalanan itu Pak Harun berkongsi pendapatnya tentang kehidupan sebagai seorang manusia dan hamba.

Trivia

  1. Bahagian bersama Pak Harun bukan satu yang dirancang kerana pada awalnya bukannya menggunakan beca tetapi bas. Oleh kerana ketiadaan bas yang sesuai dan kebetulan Pak Harun berada disitu dan kami menggunakan khidmat Beca Pak Harun
  2. Pak Harun tidak diberi sebarang skrip, dia hanya berinteraksi seperti biasa. (^_-)v v(・_・) <– Pak Harun.
  3. Bahagian dirumah diambil daripada dua jenis rumah yang berbeza. Lokasi berbeza, masa berbeza

9 Respon to “Filem Pendek. Sedetik Masa”

  1. [...] jurufoto untuk satu majlis semalam. Majlis Festival Filem Pendek. Jika kamu masih ingat tentang Sedetik Masa. Filem pendek yang dibintangi oleh Pak Harun. Aku diberikan DSLR Nikon [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. touya says:

    Waa nampak macam best jer , karang update kat aku erk ?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. afifisa says:

    mesti filem tu mcm kelakar
    yg x tahannya, nama production house secakop
    haha
    muat naik je weyh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. TukangKarut says:

    walawei…..secakop mengamit kenangan lalu…kenangan syahdu….btw..smart movie ko nie…upload r wei…bt 2part ker…nk tgk nie……..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License