⇔ AdaMasalahBaruNakCari
Twhirl. Aku Jatuh Cinta
Persaingan lima aplikasi yang merebut takhta Ratu Klien Twitter aku semakin memuncak ( ̄△ ̄ゞ. Jika kamu mengikut penulisan aku mengenai Lima Klien Twitter di Linux aku telah mengeluarkan senarai lima bakal ratu yang akan menjadi klien twitter aku. Mungkin boleh menjadi pedoman kepada kamu semua. Dengan persaingan antara dua klien iaitu Buzzbird dan Pino untuk menentukan siapa yang bakal menjadi pasangan aku nanti yang memperlihatkan kelebihan berpihak kepada Buzzbird dengan tidak semana mana datang satu lagi pesaing yang terus mengoncang pemilihan aku. Twhirl. Aplikasi yang menggiurkan ini menggunakan Adobe Air. Apa yang menarik pada Twhirl sehingga mampu menggugat kedudukan Buzzbird yang sudah hampir pasti menggapai takhta Ratu. Teruskan pembacaan ya (°°;).
Antara sebab kenapa Twhirl mampu menggugat Buzzbird dan Pino adalah;
- Antaramuka yang mudah. Saiz ikon tidak terlalu besar tidak terlalu kecil. Sesuai. ( ^ ^ )
- Sub-ikon apabila orang A membalas kepada orang B. (lihat tweet ke 5 daripada atas pada gambar disebelah)
- Fungsi pelbagai. Pemendekkan URL, perkongsian gambar malah mampu membuang tweet yang telah dikeluarkan.
- Kelajuan pelbagai. Anda yang memilih kepantasan kemaskini anda. Kombinasi antara 1 hingga 60 minit.
- Notifikasi. Ada notifikasi dan juga bunyi yang boleh diuruskan.
- Menyokong pelbagai akaun lain. Tetapi yang aku ada hanya Twitter.
- Twhirl juga adalah percuma. Tiada sebarang bayaran diperlukan. Aku suka perkara percuma. Aku yakin kamu juga begitu.
Antara sebab yang menghalang (×□×;) kamu menggunakan Twhirl adalah;
- Kamu perlu memasang AdobeAir dahulu. Tidak rugi pun sebenarnya. Aku telah pun memasangnya. Anggapkan saja seperti mas khawin. Selesai
Dengan ini diumumkan bahawa Ratu Klien Twitter aku kini adalah, Twhirl. Aku jatuh cinta pada Twhirl pada pandangan pertama!
Notakaki 1: sebelum terlupa, disebabkan AdobeAir juga menyokong sistem pengoperasian Windows, maka anda juga boleh merisik Twhirl di Windows.
Notakaki 2: Kepada yang lain, anda boleh pergi daripada Istana ini. ( *´ノд`) ~~ sudo apt-get remove gTwitter pino buzzbird qwitik twitux
| Print article | This entry was posted by TMUkmkd on February 9, 2010 at 12:00 am, and is filed under Teknologi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





about 4 weeks ago
im using tweetdeck =)
[Reply]
TMUkmkd Reply:
February 10th, 2010 at 1:53 am
never use it
windows only or universal?
[Reply]