IT Acquaintance Camp (ITAC) kali ni memang pelik. Pelik daripada beberapa segi. Yang paling pelik adalah apabila ketiadaan orang atasan didalam kelab Comtech hadir dalam program ini. Mungkin semua sedang sibuk. Tidak sempat menghadirkan diri dalam program ini. Tetapi secara keseluruhan, menarik dan memuaskan hati.
Cicada
Apakah binatang yang tak pernah rasa sedih? Orang kampung aku panggil Cicada tapi orang sini panggil Riang-Riang. Dari siang sampai ke malam bernyanyi saja kerjanya. Keriangan sahaja kerjanya. Sebab tu dia tak pernah sedih. Kalau malam asyik nak main dekat dengan lampu, mujur aku rasa bulan terang, kalau bulan tak de mesti banyak dekat lampu. terbang sana terbang sini.
Kalau orang yang tak biasa dengan kebesarannya mesti takut! Mau tak takut, dah la besar berbunyi pulak tu. Tapi aku rasa lagi hebat sarang labah-labah dekat sini, riang-riang yang besar tu pun melekat disarang mereka. Dah memang rezeki labah-labah tu. Kenyang seminggu.
Sekuat-kuat riang-riang tu bernyanyi tapi tetap kalah dengan satu golongan ni. Manusia. Kitorang pun tak tahan dengan golongan tu.
Gila Karaoke
Agak-agak la nak berkaraoke pun, orang masuk hutan nak rasa hutan, nak tengok keindahan, dengar bunyi hutan. Bukan dengar lalakan karaoke. Bunyi tu datang daripada tapak perkhemahan sebelah, program yang melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) tapi masalah utamanya urusetianya yang siap segala peralatan untuk berkaraoke sementara pelajar tiada. Apa masalah entah. Mungkin bukan orang KMPh sendiri. Mungkin Hafriz ada pendapat sendiri tentang masalah orang KMPh tiada kesedaran sivik ini.
Dan malam tu budak-budak kitorang balas kembali yang dengan konsert akustika tengah hutan dicahayakan api daripada unggun api. Memang seronok. Aku dengar dari jauh. Tak boleh nak masuk sebab semua AJK dan fasilitator ada “bedah siasat”. Kalau tak mau lagi kuat. Peliknya diorang memang suka karaoke, sampai aku rasa mengganggu pengunjung luar kerana tabiat buruk suka karaoke tidak kene dengan tempat itu.
Bukit Tonggek
Pernah naik Bukit Tonggek? Aku naik bukit ni dalam aktiviti Jungle Trekking, aku kumpulan pertama masuk hutan manakala kumpulan Hafriz lepas Sembahyang Jumaat. Aku pun kurang pasti kenapa nama dia Bukit Tonggek, mungkin sebab kecerunan dia yang lebih daripada 50 darjah (50°) kot. Disebabkan salah seorang daripada kami tak ikut tonggek maka dia telah mengalami kekejangan selepas itu. Aku sebenarnya mengharapkan pacat datang singgah. Dapat juga rawatan percuma. Tapi sayangnya darah aku tak cukup manis.
Oh ya lupa nak bagi tahu, kitorang buat ITAC tahun ni di Peladang Setiu Argo Resort, Setiu, Terengganu. Aku boleh kata ITAC kali ni best dan unik. Mana-mana bahagian yang ada ralat tu sila-sila la baiki untuk ITAC yang akan datang! Terima kasih untuk semua peserta, AJK dan Fasilitator yang terlibat kali ini.
Notakaki 1: Entri kali ini aku cuba buat konsep baru. Aku lukis gambar beb! Mungkin orang lidi je. Tak macam topotapo, ada lembu cisdel.
Notakaki 2: Korang rasa ok tak dengan cara lukisan begini?
Notakaki 3: Bukan nak kata Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) itu teruk, tetapi mata melihat, mulut mengata, jari menaip. Tak percaya baca blog setapak aku, Hafriz dalam tajuk dia, Tiada Sivik.
Notakaki 4: KMP telah ditukarkan kepada KMPh. Kesilapan singkatan.
[...] Sebalik Gambar: Ini adalah antara contengan yang awal. Masa tu baru balik daripada hutan. ITAC 2010. IT Acquaintance Camp di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, [...]
Like or Dislike:
1
0
[...] contengan di blog aku adalah bermula selepas ITAC 2010, masa itu aku mahu mencari gambar berkaitan bukit tonggek. Telah aku cari gambar bukit tonggek namun lain yang aku jumpa. Maka aku terjemahkan gambar bukit [...]
Like or Dislike:
0
0
[...] KMPh berkaraoke, kitorang balas kembali dengan akustika, lagu tema malam tu aku rasa Situasi dari Bunkface. Untuk yang tidak tahu tentang KMPh berkaraoke, anda boleh baca di entri aku yang lepas, tentang “jangan karaoke dalam hutan”. [...]
Like or Dislike:
0
0
[...] tiba2 sahaja aku suka menggunakan lukisan sendiri dimasukkan kedalam blog. Macam entri tentang ITAC dan KMPh. Aku mula minat melukis [...]
Like or Dislike:
0
0
nyanyi2 gk lm utan…buat rosak acara org jerk… klu bes x pe gk…hahaha
1 mistake////
kolej matrikulasi pahang (KMPh)…kite nih alumni KMP…org KMP x cm 2..KMph je yg krg kesedaran sivik…sesiapa dr KMPh arap maaf…
Like or Dislike:
0
0
owh ada kesilapan. ok akan dibetulkan segera
terima kasih memberitahu
Like or Dislike:
0
0
oh, entry bermula tentang riang-riang. Aku masih ingat dalam bahasa Jawa, ‘meriang’ tu maksudnya demam (-_-”)
Like or Dislike:
0
0
meriang. aku kurang fasih bahasa jawa. huhu
yup sebab nak masukkan perbandingan bunyi alam semulajadi dan bunyi bukan semulajadi
Like or Dislike:
0
0
weyh
aku nak tiru r konsep nih
ngeh ngeh ngeh~~
Like or Dislike:
0
0
huh? ceh. nak tiru gak. nak tiru leh tapi sila unik la. hahaha
Like or Dislike:
0
0
Lukisan ni mmg dah tsangat ok dah..nampak la unsur2 seninya tu =P
Like or Dislike:
0
0
macam kutuk tu :p
Like or Dislike:
0
0
hohoh ok pe lukisan ni.. aku tak reti weh nak buat camni.. :=.=;
pergh giler old timer ko pakai fotoshop 7
Like or Dislike:
0
0
lebih kurang je topo weh
tapi aku suka tengok lembu tu gak. ada nilai tersendiri. sebab ko kretip kot
Like or Dislike:
0
0
camne nak lukis camtu ea? huhu
Like or Dislike:
0
0
wa guna software image je.. yang tu wa guna adobe potosop 7. tahun 98 punya kot. usang
Like or Dislike:
0
0