Buku Panduan Asas Ubuntu 9.10

Digide Technology dan JomLinux telah mengeluarkan buku Panduan Asas Ubuntu 9.10 dalam bentuk digital atau e-buku. Tujuan yang dapat dilihat didalam penghasilan e-buku ini adalah disebabkan percambahan pengguna dan pengaruh Linux terutamanya Ubuntu sebagai satu sistem operasi alternatif selain Microsoft Windows dan Mac OSX di Malaysia. Masalah utama yang dihadapi oleh pengguna baru adalah untuk memahami apa itu Linux, Ubuntu dan FOSS.

Lima Bab
E-buku ini terbahagi kepada lima bab yang merangkumi pengenalan asas kepada Linux, GNU, dan Ubuntu khasnya. Bab tersebut adalah;

  • Bab 1 : Mengenali Sedikit Sebanyak Sejarah Sumber Terbuka Atau Perisian Bebas dan Ubuntu.
  • Bab 2 : Menyediakan Medium Instalasi Dan Proses Pemasangan.
  • Bab 3 : Memahami Cara Penggunaan Ubuntu.
  • Bab 4 : Aplikasi Dan Penggunaan.
  • Bab 5 : Sokongan Dan Bantuan.

Percuma
Yang menariknya buku ini diberikan percuma dalam bentuk digital. Betul, percuma. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan kepada anda. Anda boleh memuaturun melalui pautan dibawah

Notakaki 1: Digide Technology (001848594-K) merupakan syarikat yang komited dalam merealisasikan cita-cita dalam menjadikan sumber terbuka dan Linux sebagai salah perisian yang diterima oleh rakyat Malaysia dan dunia.

Notakaki 2: Mungkin Digide boleh mengeluarkan versi cetakkan untuk buku panduan ini kepada yang berminat.

12 Respon to “Buku Panduan Asas Ubuntu 9.10”

  1. shon says:

    syok juga guna linux nie….kalau rajin explore ok ler nanti ………..try ler kawan2

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. Anjung Web says:

    Ubuntu semakin menarik dan ramai peminat! :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. dz says:

    xpa lepas nie TMUkm kd plk blh tolong translatekan …
    berguna untuk orang kita yg suka sangat guna bahasa Melayu ni kan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. aman says:

    suatu usaha murni dari pihak JomLinux yang sememangnya perlu dipuji. Yayy~ Start Ubuntu 10.04, pihak Canonical sendiri akan keluarkan manual dalam bentuk *pdf. Tapi bahasa Inggeris~~

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. arman says:

    Tahniah kerana mengeluarkan panduan ubuntu 9.10. Sesiapa yg dah lama guna ubuntu tu boleh share dengan kwn2 yg jarang dapat online. Bagi jer mereka yg belum menggunakan ubuntu. Mungkin dengan adanya panduan sebegini akan membuka mata hati mereka untuk menggunakan ubuntu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Dr House says:

    Bagus nie. Siapa-siapa yang baru nak berjinak2 dengan Linux patut baca. Siapa yang beli laptop Dell dengan Ubuntu patut download.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License