Korang mesti pernah dengar kisah Burung Jenjang Si Penenun Kain kan?. Jangan risau aku takkan menulis cerita pelik seperti cerita Anakin D. Moonwalker si Pemotong Kayu lagi. Sumpah! Baiklah, aku kurang pasti apa tajuk dan bagaimana cerita ini dikawasan korang tetapi lebih kurang beginilah, seorang petani dari Jepun atau China berjumpa dengan seekor Burung Jenjang (seperti dalam gambar [via]) yang sakit pada musim sejuk dan dia menjaganya sehingga sehat.
Lalu Burung Jenjang itu membalas jasa petani tersebut dengan bertukar kepada seorang gadis dan menenun baju sutera daripada bulunya sendiri. Akhirnya rahsia Burung Jenjang tersebut diketahui oleh petani tersebut dan cerita tersebut bukanlah berakhir dengan gembira pada perkiraan aku.
Tetapi bukan tentang cerita itu yang aku mahu katakan tetapi tentang Burung Jenjang tersebut.
Petang tadi aku melukis lagi. Aku menggunakan Burung Jenjang sebagai subjek utama. Dan kenapa aku memilih Burung Jenjang didalam kisah ini kerana aku suka perwatakkan burung tersebut yang membalas jasa orang yang telah menolongnya walaupun dia tahu akan membahayakan dirinya sendiri.
Malang sekali pada akhir cerita burung tersebut terpaksa berpisah dengan petani tersebut kerana telah diketahui identiti sebenarnya yang sememangnya bukan seorang gadis tetapi seekor Burung Jenjang. Lalu aku terfikir ・・・( ̄. ̄;) takkan mungkin burung tersebut tidak pernah merindui pasangan petani tersebut (kerana didalam kisah ini, sepasang petani yang menjaga burung tersebut). Oleh itu aku serapkan kedalam seni aku yang terbaru.
Tekan gambar untuk lebih enak melihatnya. Amaran: Gambar penuh berukuran 2100×1200 dan berjenis png.
Notakaki 1: Burung Jejang Jepun juga dikenali dengan nama Burung Jenjang Bermahkota Merah (Red-Crowned Crane).
Notakaki 2: Burung Jenjang Jepun diancam kepupusan dan merupakan Burung Jenjang kedua yang paling sukar ditemui dengan hanya mempunyai 1,500 ekor yang dihidup secara liar [1].
Notakaki 3: Aku memasukkan inspirasi Qasidah Tholama asyku ghoromi. Tidak keterlaluan untuk katakan aku adalah si Burung Jenjang.
Notakaki 4: Seni ini juga aku telah muatkan didalam blog Tumblr aku.
Notakaki 5: Aku gunakan seni ini sebagai latarbelakang komputer riba aku!
Notakaki 6: Anda boleh memuatturun artrage secara percuma untuk Windows di [sini].
aku ingat ko burung Punai…tak sangka plak burung lain
Like or Dislike:
0
0
hahaha siot kot
punai pun aku gak.. jenjang pun aku gak. aku lah burung
Like or Dislike:
0
0
kali pertama dgr ni bro..
Like or Dislike:
0
0
tak pernah dgar ek
Like or Dislike:
0
0
nice bro.heheh
Like or Dislike:
0
0
thanks bro
Like or Dislike:
0
0
“Tidak keterlaluan untuk katakan aku adalah si Burung Jenjang.”..
huh??
Like or Dislike:
0
0
hehe
maksud tersirat tu
Like or Dislike:
0
0
Apakah kau gadis?
Like or Dislike:
0
0
aku laki la~
Like or Dislike:
0
0
bukan ke cerita jepun dulu2 ke??pernahlah tengok di TV3 masa kecil dulu
Like or Dislike:
0
0
aku pun kurang pasti tu cerita jepun ke china haha
Like or Dislike:
0
0