Jangan Lupa Salinan Sandaran

Salinan sandar atau lebih dikenali dengan nama Inggeris, backup adalah amat penting didalam semua kerja. Lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia digital. Tetapi apakah jenis fail yang boleh dibuat salinan sandar dan kemanakah salinan sandar itu boleh disimpan?

salinan sandar
salinan sandar: kemana?

Jenis Fail

Digital – Sudah tentu dalam bentuk digital seperti .pdf dan .doc untuk dokument, jpg dan gif untuk gambar manakala untuk dokumen khas seperti .psd untuk Adobe Photoshop atau .ptg untuk ArtRage.

Sensitiviti – Fail yang sulit kurang sesuai dibuat salinan sandar di internet tetapi lebih baik untuk dibuat secara luar talian. Dan fail kurang sulit boleh dibuat salinan sandar secara atas talian atau luar talian.

Saiz – Saiz fail juga menentukan cara penyalinan sandar dilakukan. Jika saiz tersebut terlalu besar adalah lebih baik untuk dilakukan secara luar talian kerana atas talian akan memakan masa yang banyak kerana perlu memuat naik terlebih dahulu. Mudah kata 1GB itu boleh dikatakan agak berat untuk mereka yang menggunakan khidmat internet yang perlahan.

Lokasi
Email – Ini adalah cara yang aku gunakan. Gunakan kebesaran ruang storan dan kemampuan Gmail untuk menyokong fail yang besar. Aku menggunakan klien Thunderbird untuk menjalankan kerja ini. Hantar kepada diri sendiri dan juga Gmail aku yang satu lagi. Khas untuk membuat salinan sandar. Mudah, cepat dan tidak memeningkan kepala. Tetapi kurang sesuai untuk fail yang terlalu besar dan juga sulit atau sensitif.

Pelayan storan secara atas talian – Menggunakan cara pengehosan atau hosting. Kini aku juga menggunakan cara ini, disebabkan aku ada ftp untuk syafiq.net ini. Oleh itu selain daripada menggunakan cara pertama iaitu email, cara kedua juga boleh digunakan. Tetapi cara ini akan memakan sedikit jumlah storan anda. Dan kebanyakkan syarikat pengehosan web akan meletakkan jumlah data yang boleh dimasukkan kedalam hos mereka mengikut pakej.

Pelayan storan secara luar talian – Cara yang sama dengan pelayan storan atas talian cuma yang ini lebih pantas kerana komunikasi antara pengguna dan pelayan hanyalah menggunakan rangkaian kawasan setempat sahaja. Dan jumlah data yang mahu dimasukkan boleh diselaraskan mengikut belanjawan organisasi itu sendiri.

Pemacu mudah alih – Jika dilihat kini jumlah storan yang mampu dicapai oleh pemacu storan mudah alih kini adalah semakin tinggi, pemacu kilat USB kini juga telah mencapai berbelas bahkan berpuluh GB. Oleh itu dilihat pemacu mudah alih juga sebagai salah satu cara termudah dan murah kepada pengguna seperti pelajar. Tetapi keburukkannya adalah kualiti pemacu kilat kini tidak seperti dahulu dan mudah rosak*. Dan juga mudah hilang.

Kesimpulan
Walau apapun cara yang anda pilih, pilih dengan baik dan jangan lupa membuat salinan sandar secara kerap kerana anda tidak tahu bilakah sistem anda akan mengalami masalah.

* berdasarkan pendapat dan pemerhatian penulis sendiri.

salinan sandar dialog
anda dah buat salinan sandar?

Notakaki 1: Semua pelajar PITA. Jangan lupa buat salinan sandar. Selalunya masalah sistem berlaku pada akhir-akhir semester sebelum pembentangan.
Notakaki 2: Maaf, lukisan yang pertama rasanya kurang menjadi.
Notakaki 3: Aku terfikir tentang salinan sandar semasa membuat Google chart API semalam. Struts amat sukar!

23 Respon to “Jangan Lupa Salinan Sandaran”

  1. [...] Ubuntu 9.10 atau membuat pemasangan penuh yang baru, sila ringankan tangan anda untuk membuat salinan sandaran terhadap semua data anda. Kerana mengambil satu jam untuk membuat salinan sandar itu lebih baik [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. HaritH says:

    Cantik lukisan2 huhu..
    jelesnya ngan orang yang pandai melukis dan mewarna ni huhu… Kenapa la aku tak sekreatipmu huh..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. zik says:

    Backup jangan tak backup… skrang nak bagi alasan corrupt dah tak relevan bagi lecturer…serius tak tipu nie

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      yup corrupt, lappy rosak apa jadah semua tu tak leh trima dah.
      silap2 dia boleh “tolong” retrive-kan balik data tu
      hoho

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Anjung Web says:

    Teringat Shin Chan la tengok gambar no 2 tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. topo says:

    fuyo.. smart giler lukisan.. jeles aku..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. afifisa says:

    dlm CD?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. Dr House says:

    Lepaih ni leh jadi artis lah. Leh fokus pada katun Open Source.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. aman says:

    pergh. salinan sandaran. hoho~

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. si hitam says:

    hehe.. skema tapi intelek kot.. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. si hitam says:

    gambar katun tu cute.. :D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      thanks :D aku cuba tarik orang dengan kartun tu :D sebab orang ramai selalu memikirkan bahawa blog macam ni payah nak paham.. sebab… terlalu skema :|

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. RM says:

    rajin ko melukis. dah backup sumer lukisang tu?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License