Hadiah Tuan Ceploz Mac 2010

Tuan Ceploz amat sibuk kebelakangan ini. Dia perlu menghadiri mesyuarat merata dunia, merata benua. Sehinggakan terlupa tugas bulanannya untuk memberikan sedikit hadiah kepada sesiapa yang mahukan. Oleh itu bulan Mac yang panas ini akan disejukkan sedikit dengan pemberian hadiah Tuan Ceploz.

projek-terbaru-tuan-ceploz
Projek Terbaru Tuan Ceploz

Jika sesiapa perasan, dunia Pet Society telah berubah sedikit. Itu adalah disebabkan projek penjenamaan semula Pet Society oleh Tuan Ceploz dan dibantu oleh Mayor dan pasukannya.

Tuan Ceploz hanya bantu dari segi kewangan sahaja. Kalau perasan disudut bawah kanan (tekan gambar dikanan anda untuk lebih jelas) ada ladang sayuran dan kambing agro. Itu pun satu langkah memajukan lagi kawasan Pet Society ini. Hebat tak?

Baiklah kita pergi ke agenda yang sebenar.

Kali ini tidak banyak kerana Tuan Ceploz tidak sempat membeli barangan harian iaitu telur misteri secara tetap, dan ini sahajalah yang dapat diberikan. Caranya anda perlu membuat komen dengan nama yang boleh dikenali oleh Tuan Ceploz didalam ruangan komen dibawah.

Komen didalam facebook tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat. Dan seorang hanya satu sahaja. Jujur ya~

petsociety-gift-by-tuan-ceploz-march-2010

tekan gambar untuk lebih besar

Kemaskini: Telaga batu telah diambil orang. Dah tambah barang baru.

Notakaki 1: Oh lupa, anda perlulah menjadi rakan Tuan Ceploz terlebih dahalu didalam Pet Society. Jika belum, jadikan Tuan Ceploz sebagai rakan dan juga tulis sedikit nota “Tuan Ceploz”, kerana takut proses tersangkut.
Notakaki 2: Tuan Ceploz juga ada membuat restauran kecil-kecilan ditingkat atas rumahnya.
Notakaki 3: Pertandingan “Kenapa Saya Suka Pet Saya” yang lepas tidak mendapat sambutan. maka pertandingan itu tamat tanpa ada penyertaan.

17 Respon to “Hadiah Tuan Ceploz Mac 2010”

  1. [...] masuk Pet Society pada waktu kerja. Aku rasa perlahan hari ni. Harus betulkan mood. Masuk tengok Tuan Ceploz [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. bel says:

    haa ? weh.. pecer ? aku da karang da esei tu. :C sampai hatiiiiiii~!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. wah projek besar neh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. mars says:

    tuan ceploz boleh x bagi apa2 hadiah yg masih ada x kisahla penyapu lidi pun bole kpd encik sindoi.dia jiran tuan ceploz yg sederhana orangnya..eh binatangnya..tq in adv.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. mizztina21 says:

    owh gitu.
    klu camtu, nak well tu la..
    telaga batu itu nampak menarik :p
    binaan brbumbung wa da ade :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. mizztina21 says:

    kumen.kumen. (sebab nak dapat adiah :p )
    lame tak masuk pet :( cian neo :( (
    btw, kambing agro? dari malaysia ke? ;D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      emm lu nak yang mana wahai cik tina? kalau lu tak kata wa tak tahu nak bagi yang mana :p
      pasal kambing tu wa temberang je..
      jangan la lu pun caya gak macam chukis ^_^”

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. chokilala says:

    apa la. kenapa cakap kambing agro dekat atas? aku dah macam pelik, haaa boleh bela kambing ke sekarang? terus login facebook then pet society. sekali tengok xleh click pun. wakenabeb

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      kambing agro kat atas? aku kata bawah kan? ==”
      emm aku saja je buat cerita tu kononnya perubahan petsociety adalah sebab bantuan daripada tuan ceploz.
      kata la ko dah termakan.
      aku sebat je tu weh :)

      kalau ko tertipu sori weh :D

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • chokilala says:

        maksud dekat atas aku tu, kenapa cakap ada kambing agro dalam post di atas? hehehe. aku ingatkan betul la ada kambing, sebab logik juga. btw, aku baca rumour dekat mana entah, kata nak tambah kedai baru?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • TMUkmkd says:

          oooo gitu.. pikir ko marah aku :D
          aku rasa nak tambah kedai tu :D
          kalau tambah kedai baru pun agak2 la harganya.. huhuhu
          takut tak termampu nak beli semua barang untuk satu minggu

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License