Boleh dikatakan hampir seminggu ni kawasan sekitar Gong Badak, alah yang terkenal sekejap kerana stadium runtuh tempoh hari, berjerebu!

Pukul 8 malam langit masih cerah, masuk pukul 11 malam akan nampak kawasan dikelilingi jerebu. Dan bomba akan berlegar-legar membunyikan siren dan memadamkan kawasan yang terbakar. Masalahnya malam, bukannya siang.
Masalahnya bagaimana boleh terbakar?
1. Penghapusan sampah
Tidak dinafikan satu cara penduduk kampung untuk menghapuskan sampah adalah membakar sampah tersebut. Dan secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan jerebu (ops, jerebu tidak membiak) dikawasan ini. Oleh itu hentikanlah dahulu pembakaran terbuka tersebut. Dan pihak MBKT seharusnya membantu penduduk kampung menhapuskan sampah mereka tanpa perlu membakar. Termasuklah tandan pokok kepala. Tolonglah!
2. Serpihan api
Kadang kala pembakaran terbuka mampu menyebabkan merebaknya kepada kawasan yang lain, dengan keadaan cuaca kering dan juga kelembapan udara yang rendah membolehkan serpihan api daripada satu kawasan pembakaran terbuka yang “terkawal” boleh berpindah kekawasan yang lain dan menjadikan pembakaran tersebut tidak terkawal. Oleh itu kurangkan pembakaran terbuka untuk mengurangkan pembakaran secara tidak terkawal. Serpihan api boleh dihasilkan daripada pembakaran daun-daun kering secara banyak seperti tandan pohon kelapa.
Kesimpulan
Jangan bakar sampah. Minum banyak air kosong. Kurangkan aktiviti luar.
Notakaki 1: Kawasan korang berjerebu tak? uhuk uhuk
Selamatkan bumi hijau kita!!!
Like or Dislike:
0
0
hoho.. ni semangat kental neh
earth hour tahun ni apa rancangan ko?
Like or Dislike:
0
0
bahus… budak2 umt mmg prihatin mslh alam sktr
Like or Dislike:
0
0
haha umt sayang alam skitar :p
Like or Dislike:
0
0
tu pasal…skunk dok dlm umh je bile di siang hari…
malam hari baru leh nk kua….
panas xtahan…kulit jd pedih
Like or Dislike:
0
0
yup garing orang kata.. haha
Like or Dislike:
0
0
tempat bro masih terkawal… cuma lately hujan lebat tidak menentu di beberapa kawasan…
satu part hujan lebat n satu part panas terik
nk kiamat dah tue
Like or Dislike:
0
0
ok la tu hujan.. sini tak hujan lagi
Like or Dislike:
0
0
Musim panas ni, pembakaran senang merebak…
Like or Dislike:
0
0
yup amat mudah merebak
Like or Dislike:
0
0
dah dua hari dah kot kawasan asrama berasap. ingat hutan kat belakang tu terbakar. rupanya open burning ke.
pedih ar mata.. nak tido pun x best..huhu
Like or Dislike:
0
0
hoho aku pun kurang pasti sebenarnya kawasan man yang terbakar. tapi area kampung tu ada je setiap petang bakar sampah
Like or Dislike:
0
0
jerebu??
bia betul..
cni line clear jek..
huhu
Like or Dislike:
0
0
tak perasan kot. dia bukan setiap masa. kalau ada orang bakar datang la jerebu tu
sebab angin kurang kot. asap tu kekal di permukaan je.
Like or Dislike:
0
0
orang malaysia ni suka buat pembakaran terbuka, mungkin sebab takde enforcement larangan oleh pihak berkuasa
Like or Dislike:
0
0
ada enforcement pun macam tak jalan je
Like or Dislike:
0
0