Komputer 30GB Sudah Mencukupi

kenapa-orang-cipta-thumbdrive
gambar hiasan

Ada seorang pelawat yang melawat blog aku daripada kata kunci “stuktur storan zip drive”. Dan seiring dengan itu ada sekali pautan kepada artikel daripada Utusan Malaysia dalam kolum Megabait yang memperkatakan tentang revolusi dan evolusi kaedah storan data yang lebih kurang seperti artikel aku tentang bagaimana kaedah storan berubah daripada menggunakan kad tebuk kepada yang terkini. Dan didalam artikel tersebut ditulis;

Pada masa kini, sebuah PC … boleh menyediakan ruang cakera keras sehingga 30 GB, yang merupakan ruang yang lebih dari mencukupi untuk kerja-kerja harian, hiburan dan gaya hidup.

Menarik! 30GB sudah mencukupi.

Mungkin kerana artikel tersebut ditulis pada tahun 2002 menyebabkan penulis berkata begitu. Dan rasanya kini dengan pelbagai fail yang semakin besar terutamanya video menyebabkan 30GB kini dirasakan begitu kecil.

Senarionya sama sahaja macam 1TB (baca: terabyte) yang dikatakan terlalu besar untuk masa sekarang dan lagi 3 tahun akan menjadi begitu kecil sekali.

Aku yang mempunyai 120GB ni pun rasa amat kecil.

Berapa ruang storan komputer anda?

Notakaki 1: Aku tak pandai tentang SEO tetapi aku nampak apa yang menarik dengan SEO. Oleh itu aku harus belajar.

8 Respon to “Komputer 30GB Sudah Mencukupi”

  1. zik says:

    data ada sikit je dalam 20 gb… sebabnya takda movie… ngeh2..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. sabay0n says:

    weit.. 1tera skang nie p0wn x muat dah..
    aq punyer dah tinggal 2.4G ajer dari 1T..
    kena la kumpul duet nk beli 2T..
    (mampus laptop aq nk tanggung 2T nanti)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. Anjung Web says:

    Hard disk 30 GB zaman sekarang rasanya lagi mahal dari 500 GB, mana nak jumpa dah 30 GB kat kedai. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. Iser says:

    320GB.. da penoh.. PC aku tahun 2000, 40 GB.. wujud lagi..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • TMUkmkd says:

      wow! 40GB. pc aku masa 2000 dah tak de.. pupus entah kemana.
      aku balik kg beberapa minggu lepas tengok sudah bertukar ke 7 dan spec komputer telah baru :D

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tinggalkan Respon

CommentLuv Enabled
Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License