Aku baru sahaja bergiat semula dalam membuat ulasan bebas kepada majalah komputer yang satu-satunya dikarang didalam Bahasa Melayu Malaysia. Bulan lepas aku telah membuat ulasan bebas untuk Majalah PC keluaran Mac, dan kini keluarkan April pula.
Penafian: Ulasan ini adalah mengikut pendapat peribadi. Mungkin betul dan mungkin salah. Pemikiran kritikal diperlukan.
Teknik Kreatif Photoshop
Oh aku suka muka depan Majalah PC khas yang baru ini. Edisi kedua untuk Photoshop. Kerana lebih nampak seninya. Ok itu hanya iklan. Aku lihat pada pratonton telefon pintar HTC. Menarik, tapi sayangnya tidak ada dinyatakan pula jenis sistem operasinya. Aku mahu tahu juga apa sistem operasinya, Android kah, Windows Mobile kah atau jenis lain. Mungkin mereka tertinggal.
Aku setuju dengan penulisan ini. Orang dalam adalah punca yang menyumbang kepada masalah kebocoran data syarikat. Kebocoran data berlaku antara sengaja atau tidak sengaja lebih lagi apabila data mudah dipindah menggunakan pemacu kilat USB yang semakin mudah dan murah dipasaran. Aku rasa cara paling berkesan tetapi sukar adalah mengamalkan konsep ihsan dalam Islam. Yang mana diajarkan bahawa konsep ihsan itu;
kamu beramal seolah-olah kamu melihat Allah, ataupun Allah melihat kamu
Aku yakin masalah tersebut akan hilang. Bukan setakat itu, tetapi masalah pembohongan, rasuah dan pecah amanah juga boleh diselesaikan dengan cara tersebut. Tetapi itu sukar. Pada zaman mutakhir ini.
Friendster bukan lagi dalam lingkungan 10 teratas. Bagaimana pula penjenamaan semula mampu membantu Friendster? Entah aku tidak tahu. Aku tertarik satu perkara. Gizmodo dan LifeHacker. Dua laman dari satu syarikat yang sama (tidak salah aku). Hebatkan mereka? 5 daripada 6 laman teknologi itu pernah aku guna sebagai rujukan. JoyStiq belum pernah masuk. Walaupun sekali. Terima kasih kerana memberi tahu aku.
Ubuntu pada edisi kali ini menceritakan tentang Ubuntu Netbook Remix dan disajikan pula dengan Fedora didalam USB. Aku sering gunakan Fedora untuk membaiki masalah sistem operasi Windows dahulu. Dan dengan menjadikan sistem operasi didalam USB lebih memudahkan kerja lebih lagi mereka yang menggunakan Netbook.
Mint boleh dikatakan digubah daripada Ubuntu. Kerana asas Mint adalah Ubuntu. Aku rasa Mint sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia Linux. Kerana nampak lebih mudah dan ringkas didalam beberapa perkara.
Kamu mahu gunakan Linux? Mint aku cadangkan untuk kamu.
Aku pelik. Adakah aku terlepas pandang atau memang tiada? Hanya soal jawab Ubuntu sahaja yang ada. Ajaib.
Notakaki 1: Jika ada apa-apa penambahan akan aku kemaskini penulisan ini.
Notakaki 2: Jika kamu masuk untuk muatturun versi ebuku PDF Majalah PC April 2010 secara percuma maka maaf aku katakan. Aku tiada.
bagus jugak baca majalah PC ni
[Reply]
TMUkmkd Reply:
April 4th, 2010 at 11:37 am
heh yup memang bagus
bukan mudah tengok majalah pc bahasa malaysia
[Reply]
Ha’ah le..baru aku perasan. Xde soal jawab PC. Kenapa ini berlaku?
[Reply]
TMUkmkd Reply:
April 4th, 2010 at 11:37 am
entah. aku pun aneh.
[Reply]