Sabar, Jangan Gelojoh

tak sabar”] 04-tak-sabar

[komik

Ketika aku menulis ini Ubuntu 10.04 Lucid Lynx hampir keluar secara rasmi. Dan ramai yang tidak sabar dengan perkara ini. Tetapi aku ingin juga berkata beberapa perkara sebelum anda membuat kemaskini atau membuat pemasang penuh yang baru kepada Ubuntu 10.04 ini.

Jangan Lupa Salinan Sandaran

Tidak kira sama ada anda membuat kemaskini daripada Ubuntu 9.10 atau membuat pemasangan penuh yang baru, sila ringankan tangan anda untuk membuat salinan sandaran terhadap semua data anda. Kerana mengambil satu jam untuk membuat salinan sandar itu lebih baik daripada tersiksa kerana kehilangan data.

Terutama anda yang mahu menggunakan Ubuntu Server yang baru. Kerana versi baru ini adalah LTS – Lama Tempoh Sokongan atau Long Term Support.

Jangan Lupa Salinan Sandaran

Sengaja aku tulis dua kali agar korang ingat. Jangan lupa!

salinan sandar dialog

Jangan lupa!

Jangan Kemaskini Hari Ini

Ini bukan pertandingan lumba lari siapa pertama yang guna Ubuntu terbaru. Seperti aku, aku gunakan Linux ini untuk kegunaan kerja, dengan itu bukan mudah untuk aku kemaskini kepada versi yang baru, bahkan kernal pun aku tak guna yang terkini. Kerana ada masalah dengan kernal yang baru. Entah kenapa aku kurang selesa.

Dan dengan itu aku mencadangkan untuk anda yang baru berjinak supaya tidak membuat kemaskini pada hari ini atau beberapa sebab;

Perlahan. Bayangkan berapa ramai mahu membuat kemaskini hari ini. Walaupun pelayan cerminan banyak diseluruh dunia tetapi akan tetap membebankan anda, kemaskini menjadi lambat.

Pepijat saat akhir. Jika sebelum ini anda telah mengetahui bahawa versi RC mempunyai masalah dengan GEM Intel. Maka diharapkan mereka dapat memperbaikinya atau anda yang menggunakan Intel akan mempunyai masalah kelak. Dan dengan itu jika anda menunggu seminggu mungkin pepijat tersebut telah berjaya dibuang dengan baik.

05-akhirnya
[komik] akhirnya

Masalah lain. Aku cadangkan anda supaya rujuk didalam laman-laman bantuan Ubuntu untuk melihat apakah ada sebarang masalah untuk menggunakan versi ini terhadap sistem yang anda ada.

Akhir kata  – Selamat mencuba Ubuntu 10.04.

Notakaki 1: Aku pernah membaca semacam ini rasanya dahulu, siapa punya laman? Aku mahu kembalikan sumber rujukan kepadanya.

7 Respon to “Sabar, Jangan Gelojoh”

  1. aja says:

    wah…ne lagi menda baru aku ngar ne..U buntu…ish…

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    hahah baru ek? hehe tak pe perlahan2 :p

    [Reply]

  2. [...] semalam. Sebelum anda membuat kemaskini tersebut aku sarankan kamu untuk membaca sedikit peringatan aku pada entri yang lepas, sabar jangan [...]

  3. lxnx says:

    Aku mmg dah xsabar ni bro.. Aku beli PC dalam minggu lepas, lom install OS lagi semata2 nak tunggu 10.04 ni release. Nak install 9.10 kan malas plak nak update..

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    hahaha tu dah keluar. so apa kata kau?

    [Reply]

  4. Syafrizal says:

    Semua terus nak buat post pasal Ubuntu Lucid ni. Aku kene berhenti guna Ubuntu kejap. Nak kumpul duit beli PC baru baru layan puas2 Ubuntu hehe.
    ´s last blog ..Tingkatkan komen di blog anda dengan CommentLuv My ComLuv Profile

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    heh :D abis sekrang ko guna apa? win xp? win 7?

    [Reply]

Tinggalkan Respon

saya , saya beralamat , dan saya di

Apa yang nak saya katakan adalah:

Dengan menekan butang 'hantar komen' anda yakin anda bukan spammer dan jika dikesan sebagai spam, celoteh anda akan dibuang.

CommentLuv Enabled

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site