Teori Aku: Kenapa Twitter Gila Hari Ini

Penafian: Aku tak tahu perihal sebenar. Ini hanya satu teori daripada aku semata-mata. Mungkin benar mungkin tidak.

Simptom Penyakit Twitter Gila

Twitter mendapat penyakitnya lagi hari ini. Rata-rata orang menggangap itu masalah yang hebat kerana satu kali mereka membuat tweet paling kurang dua kali akan keluar tweet tersebut. Itu paling kurang. Paling banyak satu laman penuh.

Teori Aku

Selalunya aku jumpa penyakit ini didalam Forum Cari. Penyakitnya adalah pelayan mengatakan data yang dihantar oleh pengguna tidak sampai. Dan dengan itu pengguna (pelayar internet/klien API) akan menghantar beberapa kali data tersebut sehingga berjaya atau gagal sepenuhnya.

Aku cuba tadi untuk memastikan perkara ini dan ini yang aku jumpa;

teori-twitter-gila-hari-iniPerhatikan tulisan di atas itu. Pelayan Twitter memberi mesej ‘Ralat 505: Internal Server Error‘ atau kata mudahnya mesej tersebut tak sampai atau gagal kepada pengguna/klien API tetapi sebenarnya mesej tersebut telah pun sampai.

Dan jika pengguna menggunakan klien API klien tersebut akan terus mencuba penghantaran mesej sehingga menjadikan mesej tersebut keluarnya dengan kuantiti yang banyak

Resolusi untuk masa ini antaranya adalah;

  • Tutup Twitter. Buat kerja lain.
  • Guna Web, jangan guna klien API.
  • Hanya tekan sekali sahaja tweet. Jangan banyak kali, jika ada ralat 505, tekan F5 untuk kemaskini laman.

Itu pun jika moby dick dan 8 orang putera pipit tak terbang bersama.

Apa lagi kegilaan Twitter yang anda jumpa petang ini?

Kemaskini 1: Twitter kata mereka mahu tutup selama tiga hari. Hehe. Boleh atau tidak?

13 Respon to “Teori Aku: Kenapa Twitter Gila Hari Ini”

  1. myFirdaus says:

    bile laa masalah pada twitter ni akan berakhir??? kesian aku tgok burung kecik2 tuh duk angkat paus tuh… berat beb…. seksa menanggung… :)

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    tu la.. ada yang burung injured nanti :D

    [Reply]

  2. tehr says:

    betul tu
    kekadang kat shoutbox camtu gak

    …jom minum teh 0 ais , sejukkan hati
    tehr´s last blog ..Gay And Lesbian WeddingsMy ComLuv Profile

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    hahaha bagus :D tapi aku tak minat teh o ais. aku minat teh o je :D

    [Reply]

  3. Azah says:

    tutuplaa.. janji bukak nanti jangan ada problem da..
    still dalam pembaikian kan? so untuk kepentingan user jugak pun..
    Azah´s last blog ..Tweet Counts ProblemMy ComLuv Profile

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    tak pasti. dengar katanya dah ok :D

    [Reply]

  4. sukiminna says:

    der aku send guna web pun sama gak..merajuk aku ngan twitter hari ni
    sukiminna´s last blog ..Sepetang dengan Olympus e620My ComLuv Profile

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    rasanya dah ok :D

    [Reply]

  5. akira says:

    rajin tol ko carik teori..hehehe..

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    tu aku sebat je.. aku rasa betul, ikut logik.. :p act aku tadi nak buat entri pasal firebug.. tiba2 twitter ni plak keluar :p

    [Reply]

    akira Reply:

    tp..mmg betol pon..haha..akira mmg buat pon sumer2 tu..

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    nasib la betul.. kalau salah hohoh haru beb :p

    [Reply]

  6. [...] This post was mentioned on Twitter by Muhammad Syafiq, Muhammad Syafiq. Muhammad Syafiq said: teori aku kenapa twitter gila hari ini http://www.gengblogger.com/read/167181 [...]

Tinggalkan Respon

saya , saya beralamat , dan saya di

Apa yang nak saya katakan adalah:

Dengan menekan butang 'hantar komen' anda yakin anda bukan spammer dan jika dikesan sebagai spam, celoteh anda akan dibuang.

CommentLuv Enabled

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site