Penukaran Arah Kiblat Umat Islam Dalam Bulan Sya’ban

Dua Peristiwa Di Bulan Sya’ban

Antara perkara yang penting selain daripada malam Nisfu Sya’ban didalam bulan Sya’ban ini adalah pertukaran arah kiblat umat Islam daripada Bait al Maqdis kepada Masjid al Haram.

Sejarah Pertukaran Arah Kiblat

Sedia maklum bahawa arah kiblat umat Islam yang pertama adalah menghadap Bail al Maqdis. Kiblat ini telah lama digunakan sejak zaman Nabi Ibrahim. Dan apabila orang Yahudi mempersendakan Nabi ﷺ dengan mengatakan bahawa Nabi ﷺ meniru apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.

Dan setelah itu Nabi ﷺ berdoa kepada Allah untuk menukarkan kiblat umat Islam.

Semasa Nabi ﷺ sedang bersolat Zuhur didalam sebuah masjid dengan menghadap kiblat kepada Bait al Maqdis turun wahyu Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 144;

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وَجُوهَكُمْ شَطْرَهُ,

“Palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram dan di mana sahaja kamu berada maka palingkanlah mukamu ke arahnya.”

Dan solat Zuhur Nabi ﷺ masih berbaki dua rakaat, Nabi ﷺ mengubah kiblatnya pada masa itu kepada Masjid al Haram daripada Bait al Maqdis dan sekaligus menjadi nama masjid tersebut yang dikenali kini sebagai Masjid al Qiblatain (Masjid dua kiblat).

Sekaligus menjadikan kiblat umat Islam untuk solat adalah di Masjid al Haram yang kekal hingga kini.

Rujukan

Al Muhaddith al Hafiz Syeikh Salim al Sanhuri al Maliki., Risalah kashfi wa bayani an fashoi’ laila naffi min sya’ban., Terjemahan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki., Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban., Rejab 1430/Julai 2009.

4 Respon to “Penukaran Arah Kiblat Umat Islam Dalam Bulan Sya’ban”

  1. Fahmishah says:

    ^_^

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    suka ko ek :p

    [Reply]

    acapz Reply:

    diew xde pe nk komen. suka je r. haha. btw nice info bro. tq bnyk2 :D
    acapz´s last blog ..Cara Fixkan Comment Luv Jika terdapat Error “No last blog posts to return”My ComLuv Profile

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    hahahaha aku tak kisah pun :p

    [Reply]

Tinggalkan Respon

saya , saya beralamat , dan saya di

Apa yang nak saya katakan adalah:

Dengan menekan butang 'hantar komen' anda yakin anda bukan spammer dan jika dikesan sebagai spam, celoteh anda akan dibuang.

CommentLuv Enabled

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site