Ulasan Bebas: Majalah PC Mac 2010

Sudah lama tidak membuat ulasan bebas untuk Majalah PC. Jika dahulu aku suka untuk membuat ulasan dan teguran kerana aku merasakan bahawa disebabkan mereka hanya satu-satunya majalan komputer didalam Bahasa Malaysia maka mereka telah berasa sedikit selesa. Mungkin aku silap. Mungkin juga betul. Lalu aku berfikir ・・・( ̄. ̄;)

Untuk bulan Mac, aku hanya mahu mengulas beberapa perkara didalam Majalah PC isu kali ini.

Muka depan
Aku kurang minat dengan muka depan isu kali ini. Terlalu penuh dan tulisan ditengah-tengah kurang nampak. Jika dilihat pada isu #157 iaitu Januari 2010 (gambar) tampak lebih kemas dan jelas. Menunjukkan bahayanya anasir asing didalam sistem komputer. Kegerunan disitu dapat ditonjolkan. Namun untuk isu kali ini tampak lebih biasa. Mungkin sebab tentang permainan konsol. Mungkin juga bukan minat aku. Kalau ditanya mana lebih menarik aku akan menjawab isu #157 lebih menarik daripada isu #159.

Majalah PC Januari 2010 #157 Majalah PC Mac 2010 #159

Tutorial dan Soal Jawab Ubuntu
Sudah lama sebenarnya aku tunggu tentang ini. Dan beberapa isu yang lepas aku telah mula perasan kehadiran kolum tersebut. Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus memastikan bahawa sistem/perisian sumber terbuka dipraktikkan di Malaysia sebagai satu alternatif kepada perisian berbayar.
Tutorial kali ini adalah tentang F-Spot yang aku sendiri tidak pernah gunakannya kerana aku menggunakan GIMP. Nampak lebih mudah untuk melakukan penyuntingan gambar yang mudah seperti pemotongan (crop). Mungkin aku akan mencubanya. Juga dimaklumkan bahawa Ubuntu yang akan datang iaitu 10.04 tidak akan memasukkan GIMP secara asalnya melainkan pengguna memasukkan sendiri melalui Ubuntu Software Center.

Soal Jawab IT

Bukan seperti selalu, untuk ulasan kali ini aku agak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, cuma untuk menambah soalan daripada Muhammad Ikram Abdul Razak yang bertanya tentang adakah kekurangan RAM akan menyebabkan komputer riba menjadi lebih panas. Jawapan yang diberikan adalah tidak. Dan aku tidak mengatakan jawapannya salah, tetapi ini hanya pendapat.

Jawapan daripada aku adalah mungkin boleh. Kerana, RAM yang kurang akan memaksa sistem menjadikan storan cakera keras (HDD) sebagai memori fizikal yang dipanggil paging. Dan untuk masa yang lama paging ini boleh menjadikan cakera keras sentiasa aktif dan haba yang dihasilkan akan dapat diarasakan oleh pengguna yang menggunakan komputer riba kerana selalunya storan cakera keras diletakkan di bawah tangan.

Dan ini menyebabkan tangan akan merasakan kepanasan akibat pengedaran udara di komputer riba yang agak lemah. Untuk membuktikan bahawa sememangnya storan cakera keras adalah agak panas untuk komputer riba yang digunakan dengan agak lama, lebih lagi yang menggunakan RAM yang rendah lalu menyebabkan teknik paging digunakan oleh sistem operasi aku menggunakan aplikasi Palimpsest Disk Utility didalam Ubuntu Linux. Kelemahan sistem pengedaran udara didalam komputer riba kadang kala membimbangkan.

Dapat dilihat sekarang bahawa suhu mencecah 60°C. Mungkin juga disebabkan suhu sekarang. Oleh itu kemungkinan pengguna dapat merasakan komputer riba mereka panas adalah berkemungkinan.

Kesimpulan
Isu ini agak baik. Daripada segi penyampaian dan juga isu kandungan.

Notakaki 1: Segala ulasan ini adalah daripada aku sendiri. Mungkin betul mungkin salah. (-o – )ヘ_/

11 Respon to “Ulasan Bebas: Majalah PC Mac 2010”

  1. [...] komputer yang satu-satunya dikarang didalam Bahasa Melayu Malaysia. Bulan lepas aku telah membuat ulasan bebas untuk Majalah PC keluaran Mac, dan kini keluarkan April [...]

  2. zik says:

    Soal jawab it , ok gak kot…

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    err maksud? :D

    [Reply]

  3. MASOKIS says:

    Jom linux ni wartawan MPC ker

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    aku pun kurang pasti beb :D jomlinux! sila jawab :p

    [Reply]

    Jom Linux Reply:

    Ohh…baca link nie.. http://www.jomlinux.com/2009/10/09/digide-dan-majalah-pc/

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    hehe bagus :D weh aku memang suka lukis la now. maybe sebab aku tensen kot?

    [Reply]

  4. Jom Linux says:

    Sedikit penambahan, kolum Ubuntu dan soal jawab Ubuntu disediakan Jom Linux/Digide Technology. Jd sapa2 yg ada soalan tu leh hantar kat kitaorg. Mana tau masuk MPC ke nanti…huhu..

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    heh betul2 aku lupa nak tambah dalam notakaki. nanti aku kemaskini entri ni dengan entri satu lagi

    [Reply]

    Jom Linux Reply:

    Takpe, masalah kecik je. Apa2 pun, terima kasih!

    [Reply]

    TMUkmkd Reply:

    tak de hal~ :D

    [Reply]

Tinggalkan Respon

saya , saya beralamat , dan saya di

Apa yang nak saya katakan adalah:

Dengan menekan butang 'hantar komen' anda yakin anda bukan spammer dan jika dikesan sebagai spam, celoteh anda akan dibuang.

CommentLuv Enabled

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site