Salinan sandar atau lebih dikenali dengan nama Inggeris, backup adalah amat penting didalam semua kerja. Lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia digital. Tetapi apakah jenis fail yang boleh dibuat salinan sandar dan kemanakah salinan sandar itu boleh disimpan?
Jenis Fail
Digital – Sudah tentu dalam bentuk digital seperti .pdf dan .doc untuk dokument, jpg dan gif untuk gambar manakala untuk dokumen khas seperti .psd untuk Adobe Photoshop atau .ptg untuk ArtRage.
Sensitiviti – Fail yang sulit kurang sesuai dibuat salinan sandar di internet tetapi lebih baik untuk dibuat secara luar talian. Dan fail kurang sulit boleh dibuat salinan sandar secara atas talian atau luar talian.
Saiz – Saiz fail juga menentukan cara penyalinan sandar dilakukan. Jika saiz tersebut terlalu besar adalah lebih baik untuk dilakukan secara luar talian kerana atas talian akan memakan masa yang banyak kerana perlu memuat naik terlebih dahulu. Mudah kata 1GB itu boleh dikatakan agak berat untuk mereka yang menggunakan khidmat internet yang perlahan.
Lokasi
Email – Ini adalah cara yang aku gunakan. Gunakan kebesaran ruang storan dan kemampuan Gmail untuk menyokong fail yang besar. Aku menggunakan klien Thunderbird untuk menjalankan kerja ini. Hantar kepada diri sendiri dan juga Gmail aku yang satu lagi. Khas untuk membuat salinan sandar. Mudah, cepat dan tidak memeningkan kepala. Tetapi kurang sesuai untuk fail yang terlalu besar dan juga sulit atau sensitif.
Pelayan storan secara atas talian – Menggunakan cara pengehosan atau hosting. Kini aku juga menggunakan cara ini, disebabkan aku ada ftp untuk syafiq.net ini. Oleh itu selain daripada menggunakan cara pertama iaitu email, cara kedua juga boleh digunakan. Tetapi cara ini akan memakan sedikit jumlah storan anda. Dan kebanyakkan syarikat pengehosan web akan meletakkan jumlah data yang boleh dimasukkan kedalam hos mereka mengikut pakej.
Pelayan storan secara luar talian – Cara yang sama dengan pelayan storan atas talian cuma yang ini lebih pantas kerana komunikasi antara pengguna dan pelayan hanyalah menggunakan rangkaian kawasan setempat sahaja. Dan jumlah data yang mahu dimasukkan boleh diselaraskan mengikut belanjawan organisasi itu sendiri.
Pemacu mudah alih – Jika dilihat kini jumlah storan yang mampu dicapai oleh pemacu storan mudah alih kini adalah semakin tinggi, pemacu kilat USB kini juga telah mencapai berbelas bahkan berpuluh GB. Oleh itu dilihat pemacu mudah alih juga sebagai salah satu cara termudah dan murah kepada pengguna seperti pelajar. Tetapi keburukkannya adalah kualiti pemacu kilat kini tidak seperti dahulu dan mudah rosak*. Dan juga mudah hilang.
Kesimpulan
Walau apapun cara yang anda pilih, pilih dengan baik dan jangan lupa membuat salinan sandar secara kerap kerana anda tidak tahu bilakah sistem anda akan mengalami masalah.
* berdasarkan pendapat dan pemerhatian penulis sendiri.
Notakaki 1: Semua pelajar PITA. Jangan lupa buat salinan sandar. Selalunya masalah sistem berlaku pada akhir-akhir semester sebelum pembentangan.
Notakaki 2: Maaf, lukisan yang pertama rasanya kurang menjadi.
Notakaki 3: Aku terfikir tentang salinan sandar semasa membuat Google chart API semalam. Struts amat sukar!
[...] Ubuntu 9.10 atau membuat pemasangan penuh yang baru, sila ringankan tangan anda untuk membuat salinan sandaran terhadap semua data anda. Kerana mengambil satu jam untuk membuat salinan sandar itu lebih baik [...]
Cantik lukisan2 huhu..
jelesnya ngan orang yang pandai melukis dan mewarna ni huhu… Kenapa la aku tak sekreatipmu huh..
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 21st, 2010 at 1:47 pm
weh aku mana ada pandai
[Reply]
Backup jangan tak backup… skrang nak bagi alasan corrupt dah tak relevan bagi lecturer…serius tak tipu nie
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 13th, 2010 at 8:41 am
yup corrupt, lappy rosak apa jadah semua tu tak leh trima dah.
silap2 dia boleh “tolong” retrive-kan balik data tu
hoho
[Reply]
Teringat Shin Chan la tengok gambar no 2 tu…
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 8th, 2010 at 10:12 am
tu maknanya hodoh la tu
sebab lukisan shin chan memang hodoh pun :p
[Reply]
Anjung Web Reply:
March 8th, 2010 at 4:54 pm
Bukan hodoh bro… Unik
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 8th, 2010 at 5:10 pm
hahahha terima kasih atas komen membina
[Reply]
fuyo.. smart giler lukisan.. jeles aku..
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 10:07 pm
tu pun smart ke? pelik aku ?=_=
[Reply]
dlm CD?
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 8:56 pm
emm CD terlupa pasal CD. haha nanti aku update.
[Reply]
Lepaih ni leh jadi artis lah. Leh fokus pada katun Open Source.
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 8:56 pm
hohoho tu kene pikir balik
[Reply]
pergh. salinan sandaran. hoho~
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 8:57 pm
hohoho skema habis-habisan tu!
[Reply]
hehe.. skema tapi intelek kot..
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 8:56 pm
haha boleh la sikit 2
[Reply]
gambar katun tu cute..
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 5:25 pm
thanks
aku cuba tarik orang dengan kartun tu
sebab orang ramai selalu memikirkan bahawa blog macam ni payah nak paham.. sebab… terlalu skema
[Reply]
rajin ko melukis. dah backup sumer lukisang tu?
[Reply]
TMUkmkd Reply:
March 7th, 2010 at 12:40 pm
doh bohh~ aku backup dalam hosting, dalam hdd sendiri dan juga dalam tumblr :p tiga tempat
email tak la..
[Reply]