Apa guna Adobe Air?
Untuk memasang atau menggunakan aplikasi yang dibina menggunakan Adobe Air. Seperti contoh terkini, Twhirl yang kini merupakan Ratu Klien Twitter di lappy aku setelah aku jatuh cinta pandang pertama. Tutorial ini adalah untuk sistem operasi Linux.
1. Muat turun AdobeAIRInstaller.bin daripada [sini]
2. Letakkan pada direktori utama anda. Seperti contoh TMUkmkd/home/AdobeAIRInstaller.bin
3. Buka Terminal, masukkan arahan;
chmod +x AdobeAIRInstaller.bin
4. Arahan diatas tersebut adalah untuk menjadikan fail tersebut boleh dijalankan. Kemudian jalankan fail tersebut
./AdobeAIRInstaller.bin
5. Akan keluar paparan antara muka pengguna grafik antara muka pengguna grafik dan anda hanya perlu ikut sahaja arahan yang diberikan.
6. Siap. Mudah sahaja. Siapa kata Linux itu sukar? ( ̄〜 ̄;)??
Notakaki 1: Lappy adalah panggilan pasar untuk Laptop
Notakaki 2: Anda mungkin memerlukan kebenaran admin sistem. Untuk tambahan masukkan arahan “sudo” pada awal arahan chmod +x AdobeAIRInstaller.bin. Ini untuk distro berasaskan Debian. Untuk distro lain terdapat cara tersendiri.
Notakaki 3: Baru aku perasan, ramai juga rakan blogger aku yang hebat-hebat telah memperkatakan tentang Adobe Air. Antaranya adalah MelayUbuntu, LinuxMalaya dan Chokilala juga ada memperkatakan tentang Adobe Air.
Notakaki 4: Aku tahu disebabkan ada orang masuk blog aku daripada katakunci ini “guna dari Adobe Air”.