
Posts by TMUkmkd:
Sedang Bermain Dengan Fungsi Pelbagai Laman
June 21st, 2010Tadi ada masalah daripada syafiq.net menjadi syafiq.net/blog/ dan sudah diperbetulkan. Kini aku mahu buat satu subdomain, tmublr.syafiq.net untuk bertindak seperti tumblr kerana aku merasakan tumblr tak cukup menarik kerana sukar untuk membuat komen
e-Nursery
February 28th, 2010Sejarah
Aku suka main pemainan yang melibatkan jual beli, jika dahulu aku pernah main Lemonade Tycoon serta Insaniquarium dan apabila munculnya Facebook pergi pula ke Farmville. Selepas beberapa ketika disana dan mula bosan aku berhenti main sebentar. Kini aku bermain semula, bukan di Facebook tetapi cukup sekadar bermain di komputer riba, permainan tersebut dinamakan Plant Tycoon.
Antaramuka yang mudah, tidak memerlukan grafik yang tinggi. Senario permainan bermula apabila anda dikehendaki untuk mencari enam tumbuhan ajaib yang boleh dijumpai dengan membuat pembiakkan antara tumbuhan. Read the rest of this entry “
Firefox Tetap TERbaik!
February 25th, 2010السلام عليكم, aku pengguna tegar Firefox walaupun sering dikatakan Firefox itu sebagai “pemakan sumber” yang buas. Mestilah, nak barang bagus makan pun mesti banyak! Nama pun “musang berapi”. Dah, bukan tentang itu yang aku mahu nukilkan tetapi tentang kemampuan asas Firefox yang aku lihat lebih baik daripada Chrome dan Opera yang digembar-gemburkan terlalu hebat itu.
Tulisan Arab
Permulaan ayat tersebut telah aku masukkan tulisan arab, iaitu Assalamualaikum, dan rasanya boleh kata semua pelayar interent nampak dengan baik. Tetapi apa akan terjadi jika tulisan tersebut dimasukkan kedalam blockquote?
السلام عليكم
Aku telah cuba pada artikel aku tentang cahaya disebalik valentine dan mendapati Chrome tidak menyokong sama sekali perkataan tersebut jika dimasukkan kedalam “blockquote” walaupun encoding menunjukkan menggunakan unicode.
Lalu Aku Berfikir ・・・( ̄. ̄;) Read the rest of this entry “
Pwn2Own 2010 – Siapa Tumbang Dahulu?
February 23rd, 2010Pwn2Own 2009
Tahun lepas, 2009 di CanSecWest memperlihatkan gugurnya tiga pemain utama pelayar internet iaitu Safari, Internet Explorer dan juga Firefox setelah digodam oleh Miller dan Nils. Dengan catatan masa terpantas penggodaman Safari iaitu dianggarkan antara lima hingga sepuluh saat. Manakala tiada seorang pun dapat menggodam sistem operasi mobil. Itu cerita tahun lepas. Dan kini, Pwn2Own kembali lagi untuk tahun keempat, lokasinya masih di CanSecWest [1].
Read the rest of this entry “
Gnome-Do Tidak Membuka Fail PDF
February 22nd, 2010Gnome-Do
Gnome-Do adalah satu aplikasi yang telah aku tuliskan tentangnya dahulu. Kini versi aku gunakan adalah Gnome-Do 0.8.3.1. Dan masalah aku kini adalah apabila menggunakan fungsi carian didalam Gnome-Do, terdapat beberapa fail dan carian yang berkaitan dengan aplikasi yang tidak boleh dibuka seperti fail PDF dan juga nama didalam aplikasi Pidgin. Aku harus mencari punca masalah ini kerana sistem carian Gnome-Do bagi aku amat pantas dan menarik. Lebih laju dan lebih mesra pengguna berbanding enjin carian yang menggunakan skrip Nautilus. Read the rest of this entry “


