Aku pernah keluarkan 9 Edisi Terminal lebih setahun lalu dan kini aku buka edisi kesepuluh. Dan aku telah kemaskini sedikit, mana yang patut edisi yang lepas-lepas. Boleh kira macam ulang tahun pertama la.
Permasalahan ini dah lama aku hadapi. Apabila bina aplikasi menggunakan NetBeans dan Apache Tomcat yang dipasang sendiri aku tak tahu dimana simpannya fail WAR – Web Application Archive. Apabila aku gerakkan aplikasi web daripada NetBeans seharusnya dia akan letak fail WAR pada /opt/apache-tomcat-6.0.29/webapps/ tetapi itu tidak terjadi. Aku tak tahu dimana dia simpan fail WAR tersebut tetapi ajaibnya aplikasi dapat dijalankan dengan baik. Tiada masalah.
Tadi aku belek-belek buku Full Circle lama. Isu #19. November 2008. Maka aku dapat ilham untuk cuba mencarinya menggunakan terminal. Maka aku cuba dahulu;
locate apache | grep sstv2
dan jawapannya amat panjang. Tetapi aku jumpa dimana dia simpan!
Aku kurang pasti kenapa FullCircle suka untuk mengeluarkan isu setiap bulan pada akhir bulan. Aneh. Tetapi apa pun isu #40 telah dilepaskan secara rasmi. Selain daripada menggunakan logo baru aku juga perasan tentang pertukaran versi ubuntu yang disokong oleh FullCircle.

Mereka menyokong Ubuntu, Kubuntu, Xubuntu, Edubuntu dan Medibuntu. Tulisan yang berlainan, ala Ubuntu lama. Dan kini mereka telah berubah.
Aku memang sakit gila nak jaga koleksi muzik lepas Songbird tak menyokong lagi Linux. Walaupun ada usaha memelihara Songbird dengan projek baru dipanggil Nightingale tetapi aku nampak projek tersebut seperti tidak bernyawa. Maka aku cuba dari satu aplikasi media kepada satu aplikasi media yang lain. Kalau iTunes boleh guna di Linux aku dah belasah dah!
Apa yang aku mahu adalah;
Maka aku cuba Rhythmbox, gagal. Amarok, gagal. Tak boleh main muzik pun dengan Amarok. Mungkin masalah dengan KDE. Aku guna GNOME. (more…)
Macam mana aku boleh tertinggal dua isu ni? Internet perlahan, aku masih tak habis muatturun. Ini pun dah muatturun guna wget weh!
Apa pun untuk muatturun ini pautannya.
FullCircle #39 – pdf [muatturun | via syafiq.net]
PCLinuxOS #43 – pdf [muatturun | via syafiq.net ]
Sekian.
Nota 1: Kalau aku rajin nanti aku upload balik untuk buat salinan pendua. Dah buat.

Kalau berminat, boleh muatturun secara percuma (pdf) pada pautan dibawah; (more…)