دانلود ادوبی ایر

Pernah korang dapat kata kunci ni? Aku dapat bila tengok dalam statpress pagi ni.

Apa dia tulis?

Download Adobe Air

download adobe air bahasa parsiMacam Arab tapi Inggeris. Macam Jawi tapi entah la. Tapi Google kata dia masuk untuk baca blog aku dalam bahasa Parsi.

Orang parsi masuk blog aku tanya pasal bagaimana untuk muatturun Adobe Air. Hebat.

Baik, mari buat kerja. Minggu 2, hari ke-5 di latihan industri.

Tutorial Memasang Adobe Air

Apa guna Adobe Air?

Untuk memasang atau menggunakan aplikasi yang dibina menggunakan Adobe Air. Seperti contoh terkini, Twhirl yang kini merupakan Ratu Klien Twitter di lappy aku setelah aku jatuh cinta pandang pertama. Tutorial ini adalah untuk sistem operasi Linux.

1. Muat turun AdobeAIRInstaller.bin daripada [sini]
2. Letakkan pada direktori utama anda. Seperti contoh TMUkmkd/home/AdobeAIRInstaller.bin (more…)

Twhirl. Aku Jatuh Cinta

Persaingan lima aplikasi yang merebut takhta Ratu Klien Twitter aku semakin memuncak ( ̄△ ̄ゞ. Jika kamu mengikut penulisan aku mengenai Lima Klien Twitter di Linux aku telah mengeluarkan senarai lima bakal ratu yang akan menjadi klien twitter aku. Mungkin boleh menjadi pedoman kepada kamu semua. Dengan persaingan antara dua klien iaitu Buzzbird dan Pino untuk menentukan siapa yang bakal menjadi pasangan aku nanti yang memperlihatkan kelebihan berpihak kepada Buzzbird dengan tidak semana mana datang satu lagi pesaing yang terus mengoncang pemilihan aku. Twhirl. Aplikasi yang menggiurkan ini menggunakan Adobe Air. Apa yang menarik pada Twhirl sehingga mampu menggugat kedudukan Buzzbird yang sudah hampir pasti menggapai takhta Ratu. Teruskan pembacaan ya (°°;).
(more…)

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License