Idea asalnya sebab aku rasakan Tumblr tak cukup bagus untuk aku. Agak perlahan dan juga masalah untuk pembaca memberikan komen menggunakan Disqus yang perlahan untuk dimuatkan.
Dan kini aku telah dihidupkan satu subdomain yang lain untuk syafiq.net. Iaitu tmublr.syafiq.net.
Walaupun masih dalam tempoh percubaan aku telah memberikan pengguna dan pembaca untuk memasuki laman tersebut.
Disebabkan subdomain baru dah naik, dan Latihan Industri tidaklah lama mana, maka aku berbesar hati untuk menjemput sesiapa yang mahu untuk turut serta menulis didalam blog latihan industri tersebut. Untuk suka-suka dan tulis tentang pengalaman sendiri.
Yang penting pelajar UMT, mahu menulis, lebih lagi mereka yang tidak pernah guna WordPress. Tetapi kaki-kaki WordPress pun boleh. Blogger UMT disarankan. Kursus luar daripada SMTM Kejuruteraan Perisian juga boleh.
Saja-saja. Kongsi pengalaman. Kongsi cerita.
Kalau mahu tinggalkan nota dibawah nanti aku akan hubungi korang berdasarkan email.
Jika mahu lihat blog tersebut, anda boleh masuk latihanindustri.syafiq.net
Notakaki 1: Saja mahu buat projek kecil-kecil.
Aku memang suka blogging tak tahu kenapa. Disebabkan tiba2 sahaja aku suka menggunakan lukisan sendiri dimasukkan kedalam blog. Macam entri tentang ITAC dan KMPh. Aku mula minat melukis kembali.
Aku memang suka melukis tapi aku tak suka melukis didalam komputer kerana aku tiada peralatan sesuai. Kalau aku kaya mahu sudah aku beli Wacom sebuah. Apakah daya aku bukan kaya. Oleh itu hodoh jadinya lukisan tersebut. Tapi lantak apa orang kata, asal aku suka. (more…)
Bincang bincang
Adakah benar; blog teknologi didalam bahasa Malaysia semakin kurang entri baru?
Contoh blog berasaskan teknologi adalah Sembang Komputer, Kill-Vearn, CekapKomputer Wanita & Komputer, MyWindowsXP, hardyw3b, Amanz, JomPHP, BaikiPC dan AMBNaC
Mengapa agaknya?