Chrome Baru Setiap 6 Minggu

juggle-chrome-ballPihak Chrome telah membuat pendekatan yang baru didalam pengeluaran versi baru untuk pelayar internet mereka. Aku lihat ini adalah satu cara yang akan membawa Chrome kepada keadaan yang lebih baik dan lebih mudah untuk pengguna.

Kaedah lama

  • 1 versi 3 bulan.

Masalah kaedah lama

  • Jika terdapat fungsi yang tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan maka fungsi tersebut terpaksa dimatikan atau tarikh pelancaran terpaksa dilanjutkan.
  • Jika fungsi terpaksa dimatikan tempoh fungsi tersebut tidak dapat digunakan oleh pengguna adalah panjang. Contoh terbaik adalah Internet Explorer. Untuk menyokong html5 dan css3 memerlukan masa yang panjang. Sehingga menyebabkan pengguna dan pembina laman sesawang bosan.

(more…)

Flash Dalam Chrome

Pihak Chromium hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan versi Chrome yang terbaru yang mana mempunyai sokongan Flash secara ‘tertanam’ atau dipasang secara pakej didalam Chrome. Bermakna apabila pengguna memasang Chrome, maka Flash untuk Chrome akan terpasang sekali.

Sebab Pasang Flash Secara Pakej

Sekuriti. Flash yang tidak dikemaskini mempunyai masalah daripada segi sekuriti yang besar. Flash sememangnya terancam jika sesebuah kerentanan dijumpai.

Sandbox. Sandbox didalam Chrome akan menjaga pengguna jika terdapat kerentanan baru yang masih tidak dibaiki oleh pihak Adobe. Dengan itu pengguna akan lebih selamat.

Flash yang dipasang ini akan dibuka secara lalai. Jika pengguna tidak mahu, mereka boleh mematikan fungsi ini dan Chrome akan menggunakan Flash yang dipasang pada sistem. (more…)

Aku, Desktop, GnomeDo Dan Compiz

Biasa. Tiada Istimewa

Desktop aku biasa je. Ruang kerja aku biasa saja. Tiada dock. Dulu ada, kini aku tutup. Tak minat. Bar hanya ada satu. Diatas sahaja. Yang dibawah aku buang. Kalau orang yang tak biasa tengok mesti kata serabut. Haha.

desktopAku lebih kerap gunakan apps launcher dalam GnomeDo untuk gerakkan aplikasi. Contohnya untuk buka GIMP untuk aku main-main gubah gambar sebelum aku masukkan dalam photoblog aku.

Aku hanya perlu tekan kekunci ‘Super+space’, tekan butang ‘g’, enter. Macam dibawah;

gnome-do-laucherDan GIMP akan terbuka. Sama juga untuk buka Terminal, hanya perlu tekan ‘t’,

  • Firefox tekan ‘f’,
  • Pidgin tekan ‘pi’ sebab ‘p’ Photoshop 7 dah ambik.
  • Rhythmbox tekan ‘r’
  • Chrome (Chromium)? Aku tak guna GnomeDo Apps Launcher sebab aku dah permudahkan lagi, untuk buka Chrome aku hanya perlu tekan shift+f2 maka Chrome akan terbuka. Haha.

Banyak Workspace

Aku suka gunakan Workspace atau ruang bekerja maya yang ada didalam Linux ini. Kalau boleh satu aplikasi yang aku buka aku asingkan ikut workspace tu. Macam sekarang aku pasang 5 workspace;

workspace-linux-ubuntu

  1. Chromium
  2. Kosong
  3. Rhythmbox
  4. Twitter (Pidgin)
  5. VirtualBox

Macam mana aku nak buka aplikasi yang berada di ruang kerja yang berlainan? Aku gunakan Compiz! Apa kau fikir Compiz tu untuk efek semata?

Ring Switcher

Aku guna ni sebab aku suka kaedah yang digunakan. Aku buat tetapan seperti dibawah;

ring-switcher-compiz

Dan jika aku mahu tukar aplikasi yang ada didalam ruang kerja – workspace yang sama aku gunakan alt+tab. Macam yang biasa korang buat. Dan jika untuk tengok aplikasi yang berada di ruang kerja yang lain, aku gunakan butang Super + tab. Heh.

Kenapa Aku Buat Macam Ni?

Aku lagi suka gunakan papan kekunci daripada mouse. Dan dengan itu aku buat kerja lagi pantas. Ikut koranglah nak ikut atau tak cara ni. Tapi aku memang guna cara ni.

Sekian entri tiba-tiba dari aku. Setelah lama tak kemaskini. Heh.

Notakaki 1: Super = Yang selalunya taruk logo Windows tu. Dalam Linux ni orang panggil Super.
Notakaki 2: Maaf kali ni terbanyak pula gambar.

Chrome Menyokong Pembacaan PDF Secara Lalai Dari Pelayar Internet

Jika selalunya kita perlu menggunakan perisian yang sesuai seperti Adobe Reader dan Foxit PDF Reader untuk membaca dan membuka fail berjenis PDF, kini Chrome telah membuat satu paparan yang lebih mudah dengan membenarkan fail tersebut dilihat secara terus daripada pelayar interent tersebut.

hanya tekan pada quick view dan pdf akan ditunjukkan dalam google docsFungsi ini masih dalam percubaan kerana hanya terdapat dalam versi 6.0.437.3 dan keatas. Dan lebih tak menyeronokkan, hanya Windows dan Mac sahaja. Ciz! aku tak dapat nak tunjuk.

Dan pengguna yang berminat perlu menghidupkan sendiri fungsi tersebut dengan memasuki bahagian chrome://plugins/.

Notakaki 1: Dalam kemaskini dua hari lepas versi Chromium adalah 6.0.440.0. Tetapi masih tiada lagi fungsi tersebut.
Notakaki 2: Baru aku perasan kini Google membuat intergrasi bersama Google Docs untuk membuka fail PDF dalam Google Docs. Heh.

Firefox Semakin Goyah?

Aku tak pasti adakah betul tetapi daripada apa yang berlaku aku rasa betul juga. Firefox semakin goyah dan merundum. Apabila Lubuntu ditunjukkan kepada umum dalam versi alpha mereka telah menukarkan pelayar internet mereka kepada Chromium/Chrome daripada Firefox kebiasaanya.

Dan minggu lepas telah diumumkan juga bahawa Ubuntu 10.10 Netbook Remix tidak akan menggunakan Firefox sebagai pelayar interent utama mereka tetapi akan digantikan kepada Chromium [via Ubuntu Geek]. Atas alasan pertambahan pengguna yang semakin dan bertambah ramai, enjin webkit yang semakin baik dan enjin V8 yang semakin laju, sokongan terhadap HTML5 dan CSS3, dan sekuriti yang semakin baik apabila tidak berjaya digodam dalam pertandingan Pwn4Own 2010.

Dan berita terbaru, Flock juga yang selama ini menggunakan enjin Gecko untuk Firefox 3.0.x telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan enjin Webkit (Chromium) untuk Flock versi 3 [via Amanz]. Setakat ini hanya Flock 3 Beta dikeluarkan untuk Windows XP, Vista dan 7 sahaja. Mac dan Linux masih belum dikeluarkan [via The H]. Menurut pihak Flock, teknologi berasaskan Chromium dipilih kerana pantas dan stabil. Sekaligus mencerminkan bahawa Firefox tidak stabil dan lambat. Hehe. Memang Firefox akan jadi musang berapi lepas ni.

Adakah akan terjadi kata-kata sindiran seperti mana yang terjadi kepada IE..

Siapa lagi yang guna IE/Firefox zaman sekarang?

Notakaki 1: Aku suka Firefox sebab Firebug. Hohoho

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site