Kalau aku kata kod nama Windows tak menarik mesti ada orang kata berlainan. Tetapi aku rasa kod nama Windows tak se-kompleks kod nama Fedora. Kenapa? Sebab kod nama Fedora mesti mempunyai dua makna dan mesti boleh dihubungkan antara satu versi dengan versi yang lain. Macam Lego.
Fedora Core 1 – Yarrow
Sejenis pokok yang menghasilkan hops.
Fedora Core 2 – Tettnang
Tempat pengeluaran hops di German.
Fedora Core 3 – Heidelberg
Tempat di German dan juga nama syarikat arak.
Fedora Core 4 – Stentz
Nama syarikat arak daripada Perancis.
Fedora Core 5 – Bordeaux
Nama tempat di Perancis dan juga karakter komik.
Fedora Core 6 – Zod
Karakter komik dan juga satu syarikat rakaman.
Fedora 7 – Moonshine
Nama syarikat rakaman dan juga nama filem.
Fedora 8 – Warewolf
Nama filem dan juga bertindakbalas dengan perak. Serigala jadian kan takut peluru perak!
Fedora 9 – Sulphur
Bertindak balas dengan perak (pengoksidaan) dan juga nama tempat di Amerika.
Fedora 10 – Cambridge
Nama tempat di Amerika dan juga nama kapal US Navy.
Fedora 11 – Leonidas
Nama kapal US Navy dan juga ada kaitan dengan golongan diraja. Raja Leonidas dalam cerita 300 tu. Takkan tak tengok!
Fedora 12 – Constantine
Golongan diraja (empayar) dan juga nama seorang saintis roket.
Fedora 13 – Goddard
Nama seorang saintis roket dan juga selaku Professor dalam bidang fizik.
Fedora 14 – Laughlin
Nama seorang Professor dalam bidang fizik.
Disebabkan Fedora 15 masih belum dinamakan oleh itu Fedora 14 hanya ada satu makna sahaja [via Fedora].
Boleh atau tidak aku katakan bahawa Fedora mempunyai kod nama yang terbaik?
Pertamanya bila jalankan Goddard atau Fedora 13 didalam Oracle VM VirtualBox 3.2 aku merasakan satu perkara yang biasa. Ada pengiraan detik sebelum Fedora dihidupkan. Ada animasi bar tiga warna yang menunjukkan proses pemuatan sedang dijalankan.
Tu je aku nak cakap bila tengok wallapaper dia. Aku suka konsep ni. Aku masih mahu tahu inspirasi disebalik nama Goddard. Kalau sebelum ini aku banyak tengok Fedora lebih kepada konsep angkasa, ada gambar planet dan mungkin ini gambar komet atau tiga galaksi yang mahu bersatu.
Secara terperincinya adalah 2.6.33.3 dan sebagai rujukan Ubuntu 10.04 menggunakan kernal Linux 2.6.32. Bagi aku versi kernal tidak berapa penting selagi semua berjalan dengan baik. Tidak silap kernal yang menggunakan nombor ganjil adalah tidak stabil berbanding yang menggunakan nombor genab. Tetapi disebalik itu kernal yang lebih besar mempunyai potensi prestasi yang lebih baik.
Didalam pakej XFCE ini Fedora masih menggunakan Firefox tetapi aku tidak tahu jika itu bertukar didalam LXDE kerana versi alpha LXDE untuk Ubuntu iaitu Lubuntu menggunakan Chromium. Dan disebabkan Google baru sahaja melancarkan versi stabil untuk Linux maka aku rasa pakej LXDE pun tidak menggunakan Chrome.
Aku tidak membuat ulasan yang lengkap kerana aku hanya menggunakan Goddard daripada liveCD dan VM sahaja. Tetapi apa yang aku mahu katakan bahawa Fedora adalah satu distro yang baik. Atau lebih tepat dikatakan sebagai kayu pengukur untuk Ubuntu.
Apakah didalam Ubuntu yang setara dengan rpm -qa & rpm -ql di Fedora?. Itu soalan Sebul.
Jawapannya bukanlah apt-cache search kerana apt-cache search akan mencari senarai pakej yang ada di dalam repositori sebaliknya rpm -qa & rpm -ql akan mencari pakej yang telah dipasang.
ayarkk.. ade command line dia.. tapi tak ingat sudah..
berkarat jugak kepala aku ni. – Jipang
Jawapan sebenarnya adalah (more…)
Masih Menunggu
K masih menunggu pandangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentang Constantine yang sememangnya akan memberikan persembahan terbaik mereka. Anda sudah menggunakannya? Pendapat anda?