Guna Twitter Dari Pidgin MicroBlog

Beberapa bulan lepas aku pernah memperkatakan tentang menggunakan Facebook Chat daripada Pidgin. Dan kini Twitter pula jadi mangsa. Untuk digunakan dalam Pidgin.

Caranya? Gunakan Pidgin MicroBlog.

Kaedah Pasang Pidgin MicroBlog Dalam Ubuntu 10.04

1. Masukkan repositori PPA didalam penetapan punca aplikasi (software source) sistem anda;

ppa:ikuya-fruitsbasket/ppa

Untuk jenis Ubuntu yang lain sila rujuk kembali pada laman PPA Ikuya Awashiro.

ppa-pidgin-microblog-ubuntu-10.04 (more…)

Gwibber Kurang Memuaskan.

Aku telah berjaya membuat kemaskini menggunakan teknik luar talian dengan memuat turun iso alternate cd. Aku agak berpuas hati dengan Ubuntu 10.04. Laju, Compiz tiada masalah, muzik tiada masalah, capaian internet menggunakan wayar/kabel, tanpa wayar mahupun menggunakan Huawei E220, tiada masalah. Menarik dan cantik. Cuma ada beberapa perkara yang aku perasan. Kurang memuaskan.

Masalah Gwibber. Aku pernah gunakan Gwibber pada 9.10 dahulu dan aku hanya sanggup menggunakannya selama dua minit kerana aku tidak tahu untuk membuat aturan kerana slot Twitter akan mengambil semua twit dariapda seluruh dunia. Gila. Dan aku gunakan Gwibber sekali lagi di 10.04 kerana pemasangan terus semasa kemaskini versi. Dan ini pendapat aku.

Kurang Respon

Aku tutup komputer aku, dan apa bila aku buka kembali, tiada sebarang kemaskini daripada Twitter. Dan tidak semua orang Twitter aku akan dapat lihat. Aneh. Aku buka Twhirl aku, selambak twit yang masuk. Ambik kau! Gwibber tak memberi respon yang baik.

Aku kembali kepada Twhirl. Status Facebook tidak penting bagi aku kerana aku kurang ambil tahu. Aku lebih selesa masuk sendiri ke Facebook. Dan Facebook chat, aku tidak suka kerana aku sering diganggu. Aku selalu meletakkan status ‘luar talian’.

Empathy lawan Pidgin

Kali kedua aku guna Empathy selepas kemaskini kepada 9.10 dahulu. Dan kata aku, aku lebih dan tetap selesa dengan Pidgin. Mungkin kerana aku suka gunakan Pidgin versi CLI, Finch. Lebih ringan dan orang lain tidak reti guna.

Kesimpulan

Aku suka Pidgin :)

Decibel v MOCP

Aku pernah membuat satu entri tentang pemain lagu didalam Linux yang aku suka antaranya MOCP (Music On Console Player). Semasa petang tadi sebelum balik sambil masuk kedalam ruangan irc #ubuntu-release-party aku terfikir untuk menggunakan cara yang lain maka aku memilih Decibel.

Aku pasang, aku buka. Tiada apa yang terjadi. Aneh. Aku tekan sekali lagi. Masih tiada apa yang terjadi. Aku tanya pada ruangan irc #ubuntu tetapi mereka pun tidak tahu apa yang terjadi. Mungkin masalah pepijat.

Ini yang ditulis didalam terminal;

tmukmkd@minimalisme:~$ decibel-audio-player
Traceback (most recent call last):
File “/usr/share/decibel-audio-player/src/decibel-audio-player.py”, line 191, in <module>
elif viewMode == consts.VIEW_MODE_NANO: wTree.get_widget(‘menu-mode-nano’).set_active(True)
AttributeError: ‘module’ object has no attribute ‘VIEW_MODE_NANO’

Notakaki 1: Tadi aku tulis fail configurasi didalam nano, dengar musik melalui mocp, pidgin aku buka melalui finch.
semuanya terminal. Cuma pelayar internet tidak aku buka guna elinks.

Finch


instant messaging untuk terminal. Jika lagu boleh dimainkan menggunakan mocp, Googling boleh dilakukan dengan elinks, maka instant messaging boleh digunakan menggunakan finch. Arahan pemasangan didalam Debian Based Linux adalah seperti ini;

apt-get install finch

Selamat mencuba~

Finch adalah IM yang berasaskan Pidgin. Yang dibina khas untuk mereka yang tidak mempunyai X Window/GUI.

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site