Selamat malam semua! Sari berita penting… (Pukul 8 malam kan..)
Kalau aku katakan semalam bahawa Apple aku nobatkan sebagai syarikat yang mempunyai cara marketing yang keji tetapi kalau dalam promosi barang/servis aku rasa Google boleh dicalonkan. Kenapa?
Latar belakang Google UK, Kanada dan Perancis telah diubah secara lalai oleh pihak Google kepada gambar. Aku rasa itu untuk promosi fungsi terbaru mereka untuk menukar gambar laman Google. [via GoogleBlog]
Esok baru dia betulkan kembali laman mereka.
Persoalan untuk anda. Kenapa dia tak buat begitu untuk Google Malaysia?
Gergasi ekonomi dan juga raja kepada enjin carian dunia, Google [imej via chandrakantha] dikatakan kini dalam proses untuk membuat penolakkan dan perubahan besar-besaran dari semua peringkat untuk menukarkan sistem operasinya kepada dua jenis, Mac OS dan juga Linux daripada Windows.
Perubahan besar besaran ini berlaku selepas Google diserang oleh China yang dilihat masalah utamanya berpunca daripada Windows. Secara kasarnya perubahan ini terkesan kepada kira-kira 10,000 pekerja Google seluruh dunia. Dan mereka yang baru diambil bekerja kini akan diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan Mac OS atau Linux. Jika tetap mahu menggunakan Windows mereka memerlukan pelepasan daripada pihak CIO. – via FT.com
Notakaki 1: Google pun tolak Windows.
Petang begini aku mencari satu fakta seperti tajuk diatas..
Aku bertanya Google;
Terus aku jumpa, 1712. Siap ditebalkan pula tahunnya itu. Tahu-tahu saja dia.
Tetapi aku bertanya pula pada Yahoo;
28 Jun 1712, bagus. Siap bergambar kau!
Aku tak puas hati, aku tanya pula pada Ask;
Ambik kau, ayat penuh! Terbaek~
Aku tanya sorang lagi, Bing;
Err.. Quote?
Notakaki 1: Aku adaptasi daripada fungsi baru Google, untuk menunjukkan jawapan yang lebih ringkas – lebih fakta. Tapi bagi hemat aku, Ask terbaik!
Soalan seterusnya: Kenapa Ask tak popular?
अंत (tamat dalam bahasa hindi via Google Translator)
Tambahan: GreenLava ajak aku melawat satu lagi enjin carian, duckduckgo. Ini jawapan itik tu;
Agak menarik. Dia ringkaskan apa yang patut. Tapi panjang juga aku rasa.
Aku berjalan diantara dunia GengBlogger dan senarai suapan RSS aku petang ini setelah mata penat melihat fail excel yang begitu banyak. Untuk projek akan datang. Antara perkara hangat kini adalah kata kunci ‘delete facebook account‘ atau bahasa Malaysianya ‘buang akaun facebook’ begitu ganas sekali popularitinya.
Bukan itu yang aku mahu katakan, tetapi ada sedikit tentang pembuangan. Bukan cerita buang bayi, sama ada bayi manusia atau bayi kucing.
Kini dunia blog semakin menarik, semakin hebat, semakin meluas. Gambar telah menjadi satu cara untuk menarik perhatian pembaca. Sama ada diambil daripada internet atau daripada simpanan sendiri. Tetapi mahu aku bisikkan, jika anda ambil daripada Google sesebuah gambar apalah kiranya untuk pulangkan kredit kepada tuan punya gambar yang sebenarnya. Bukannya Google.
Kerana aku lihat ramai yang menjadikan Google sebagai peluang untuk lepas diri tentang hak cipta gambar. Maka berlaku masalah kecurian bandwith daripada pihak yang anda ambil.
Fikirkan.
Ok sudah petang! Bersiap untuk pulang. Mahu sampai rumah ketika waktu di ambang sore nanti.
di ambang sore – Gariyn
Ini tiada kaitan dengan BumpTop yang dibeli oleh Google tempoh hari. Google Goggles dikeluarkan oleh Google pada bulan Disember untuk Android. Bukan sekadar satu aplikasi pengecaman imej untuk tulisan, tetapi lebih dari itu. Logo, gambar, buku, dan pelbagai lagi. Sebagai contoh kad nama dibawah;
Jika ini dah dikira hebat cuba lihat ini pula, hasil seni;
Aku tidak rasa algoritma pemporsesan imej digital untuk pengiraan itu mudah. Banyak hasil seni di seluruh dunia. Hebat Google. Dan jika digabungkan gambar dan tulisan maka akan menjadi logo;
Aplikasi Google Goggles 1.1 ini adalah untuk Android 1.6+.
[1] Alessandro Bissacco and Avi Flamholz, “Translate the real world with Google Goggles,” Google Mobile Blog, May. 2010.
[2] Johanna Wright, “This week in search 5/7/10,” Google Blog, May. 2010.