Jika anda biasa menggunakan Greasemonkey di Firefox, maka bergembiralah kerana Greasemonkey kini boleh digunakan di Chrome juga [1][2][3][4]. Untuk mereka yang tidak mengetahui apa itu Greasemonkey aku akan terangkan sikit. Secara mudahnya Greasemonkey adalah satu aplikasi bagus untuk mereka yang tidak suka kepada apa yang telah diberikan secara asal oleh sesebuah laman.
Contoh terbaik adalah Facebook. Walaupun pembangun dan pereka laman Facebook telah berusaha sedaya upaya, makan tak kenyang, tidur tak lena tetapi masih ada yang tidak suka kepada apa yang telah ditunjukkan kepada mereka. Masih ada yang mahu mengubah apa yang telah diberikan. Dengan itu terbitlah pelbagai grup yang mengajar bagaimana mahu mengubah laman profil untuk Facebook masing-masing, pelbagai orang melakukan carian untuk mencari jalan bagaimana menukar profil Facebook kepada yang lebih cantik. Itu juga yang dibuat oleh Greasemonkey. Ubah apa yang tidak perlu kepada sesuatu yang lebih baik. (more…)