Kami memohon taufiq dari Empunya taufiq didalam sepanjang penulisan ini.
Adapun didalam Quran Allah berfirman;
“Wahai orang-orang yang beriman, tertulis keatas kamu kefardhuan/kewajipan berpuasa sebagaimana yang telah tertulis kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Al Baqarah: 183
Perkataan awal yang Allah gunakan adalah يايها الذين ءامنو yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman. Maka arahan selepasnya itu hanya untuk orang yang beriman, beriman bermaksud telah mempercayai dan meyakini dua rukun utama didalam Islam iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.
Allah tidak berfirman ‘wahai orang Islam’ atau ‘wahai manusia’ kerana tidak semua orang Islam itu beriman dan tidak semua manusia itu Islam. Kerana ada yang Islam hanya pada nama atau kad pengenalannya semata-mata. Tetapi iman bukan pada nama tetapi hati.
Puasa yang mudah difahami adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa di siang hari dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.
Puasa juga diwajibkan kepada semua mukhalaf yang mampu dan tidak uzur. Tetapi skop puasa bukan hanya tertumpu kepada makan dan minum semata-mata tetapi lebih kepada menyekolahkan, mengajar, membentuk nafsu.
Nafsu sememangnya sukar untuk dibentuk dan diajar. Semasa Allah menciptakan nafsu, dia tidak akan mengakui bahawa Allah adalah Tuhannya sebelum disiksa dengan kelaparan. Maka puasa adalah satu cara untuk mengekang dan mengajar nafsu.
Maka apakah caranya untuk kita mendapatkan puasa yang sempurna agar tidak sia-sia Ramadhan kali ini?
Siapa tidak suka dirinya dikenali oleh orang yang mulia. Jika dalam konteks universiti kalau diri kita dikenali oleh pensyarah atau lebih lagi dekan fakulti tersebut akan rasa bangga dan suka terhadap perkara tersebut.
Tetapi siapa yang mahu dirinya dekat dengan Nabi ﷺ pada hari kiamat kelak? Maka dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Termizi.,
Daripada Abdullah ibn Mas’ud berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ أَوْلَى بِي يَوْمَ لقِيَامَةِ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً
Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat ialah paling banyak mengucapkan selawat ke atasku.
Disebutkan dalam riwayat ketika Nabi ﷺ melalui perisitwa isra’ pada mala isra’ dan mi’raj ditemani Jibril عليه السلام dan Buraq, Baginda terbau sesuatu yang wangi lalu bertanya kepada Jibril, “bau apakah yang wangi ini wahai Jibril?”. Maka jawab Jibril عليه السلام, “Ini adalah bau wangi Masyitah dan anak-anaknya”.
Siapakah Masyitah?Masyitah adalah seorang perempuan yang hidup pada zaman Firaun yang mana Firaun mengatakan bahawa dia adalah Tuhan. Dia seorang penyisir/penyikat rambut puteri Firaun. Pada satu hari sikat [gambar via Vansaka] yang ditangannya terjatuh ke lantai lalu dia melatah;
“Dengan nama Allah, celakahlah Firaun” (more…)
Ini lagu Ukays. Antara liriknya;
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah
Di darat di air
Dan bila diterjemahkan sikit ini jadinya;