Esok Cuti. Kurang RSS

WiMAX
Ini bukan cerita baru, hanya mahu memberi tahu kepada yang tidak tahu. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat empat (4) syarikat yang telah diberikan lesen WiMAX atau nama panjangnya Worldwide Interoperability for Microwave Access?
  1. YTLe
  2. AsiaSpace DotCom
  3. RedTone-CNX Broadband
  4. Packet One

Mungkin ramai diantara kita yang hanya pernah mendengar satu sahaja, P1 Wimax daripada Packet One yang terkenal dengan lagu Potong, Potong, Potong yang diadaptasi daripada lagu Satu nyanyian Aris Ariwatan tersebut. Jenama lain adalah:-

  • amax daripada AsiaSpace
  • RedTone Wimax daripada RedTone
  • YMax daripada YTLe

Pada November lepas tiga daripada empat syarikat ini yang kurang popular tersebut telah disaman kerana gagal mencapai tahap penembusan 25% daripada populasi rangkaian. Mereka yang dikehendaki membayar saman tersebut adalah:-

  • TYLe (RM1.9 juta)
  • AsiaSpace (RM1.7 juta)
  • RedTone (RM200,000)

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang WiMAX dengan meneruskan pembacaan di artikel WiMAX yang lepas.

Ikon Paling Popular
Trivia untuk anda: apakah ikon permainan yang paling popular sepanjang zaman? Jawapannya dipenghujung artikel.

Android
Android rasanya semakin terkenal didalam dunia sistem operasi telefon bimbit. Dengan telefon android yang terbaru Motorola Droid yang dikatakan amat popular, HTC Hero yang mengkagumkan dan dikatakan Android bakal menggugat iPhone dalam masa 5 tahun akan datang. Tidak lupa juga kepada Google Nexus One yang misteri dan juga digelar sebagai Google Droid Killer. Kini LG Prada 3 juga dikatakan mahu menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Sumber: MacWorld, Linux, SlashGear

Linux Linux Linux
Pertengahan tahun hadapan akan memperlihatkan kebanyakkan Distro Linux akan mengeluarkan versi Linux mereka yang terbaru terutamanya Ubuntu, Fedora, OpenSuse dan tidak ketinggalan mungkin pengguna boleh menggunakan Google Chrome OS versi beta yang dijangkakan dikeluarkan secara penuh pada suku keempat tahun 2010 nanti. Penggunaan kernal yang lebih baru, lebih pantas, lebih bermutu menjadikan Linux menarik bagi K sendiri. Oleh itu, tiada istillah “cuti” bagi Linux. Yang ditunggu, Gnome 3.

Jawapan untuk soalan diatas tadi: pacman.

DSL-ku Teramatlah Sengalnya [solved]


pernah korang kene dsl tak stabil? K dah kene dah. paling teruk 2 hari lepas. 5-6 hours per day je boleh net. tu pun pukul 12-5 macam tu la. yang lain.. dsl tak stabil. blinking

letih dah call & report. tapi apa leh buat? report pun macam lambat je buat kerja. kalau K ada solution pasal ni nanti K update dalam ni.

update
fuhhh. ramai jugak yang kene masalah ni. cara semua lebih kurang sama je. wakakaka. welcome to the blinking united”

ada satu site yang menceritakan pasal ni dengan solution sekali. menarik jugak nak baca kisah dia dan blinking dsl nya. hanya mengambil masa 2 bulan lebih untuk menyelesaikannya. (kejap je kan?)

solved
akhirnya selesai jugak perkara ni. how? beli router baru. amat menyusahkan. maybe modem aztech tu rosak

antara yang mengatakan pasal ni
sigmaxtech : solve your Streamyx connection problem
sigmaxtech : get rid of Streamyx intermittent connection/ unstable DSL light/ frequent disconnection
LiewCF : TMNet Streamyx ADSL Modem light is blinking frequently
MiriCommunity : Finding way to solve Streamyx issue
Lowyat.net : unstable Streamyx line (broadband problem)
Lowyat.net : Streamyx DSL blinking when online gaming

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site