IT Acquaintance Camp (ITAC) kali ni memang pelik. Pelik daripada beberapa segi. Yang paling pelik adalah apabila ketiadaan orang atasan didalam kelab Comtech hadir dalam program ini. Mungkin semua sedang sibuk. Tidak sempat menghadirkan diri dalam program ini. Tetapi secara keseluruhan, menarik dan memuaskan hati.
Cicada
Apakah binatang yang tak pernah rasa sedih? Orang kampung aku panggil Cicada tapi orang sini panggil Riang-Riang. Dari siang sampai ke malam bernyanyi saja kerjanya. Keriangan sahaja kerjanya. Sebab tu dia tak pernah sedih. Kalau malam asyik nak main dekat dengan lampu, mujur aku rasa bulan terang, kalau bulan tak de mesti banyak dekat lampu. terbang sana terbang sini.
Kalau orang yang tak biasa dengan kebesarannya mesti takut! Mau tak takut, dah la besar berbunyi pulak tu. Tapi aku rasa lagi hebat sarang labah-labah dekat sini, riang-riang yang besar tu pun melekat disarang mereka. Dah memang rezeki labah-labah tu. Kenyang seminggu.
Sekuat-kuat riang-riang tu bernyanyi tapi tetap kalah dengan satu golongan ni. Manusia. Kitorang pun tak tahan dengan golongan tu. (more…)