Full Cirlce #39 & PCLinuxOS #43 Dilepaskan

Macam mana aku boleh tertinggal dua isu ni? Internet perlahan, aku masih tak habis muatturun. Ini pun dah muatturun guna wget weh!

Apa pun untuk muatturun ini pautannya.

FullCircle #39 – pdf [muatturun | via syafiq.net]

PCLinuxOS #43 – pdf [muatturun | via syafiq.net ]

Sekian.

Nota 1: Kalau aku rajin nanti aku upload balik untuk buat salinan pendua. Dah buat.

PCLinuxOS #42 Julai 2010 Dilepaskan

pclinuxos #42 july 2010

Menarik Bulan Ini

  • Isu yang ke 12 setelah perubahan editor yang baru.
  • Pengenalan kepada antaramuka KDE Netbook.
  • World Population Day #21 (11 Julai 2010). Tema tahun ini ‘Everyone Counts‘.
  • Bermain-main dengan konfigurasi xfce dan KDE.
  • 2 buah lagu (Siap bagi lirik, mp3 dan oog percuma).
  • Ulasan permainan Osmos.
  • Belajar tentang Shell/Terminal/Konsole.
  • Dan ada beberapa lagi yang korang boleh baca sendiri.

Kalau berminat, boleh muatturun secara percuma (pdf) pada pautan dibawah; (more…)

Kalender Akademik Universiti Malaysia Terengganu Sesi Julai 2010/2011

Persoalan yang selalu diambil kira ketika mahu naik semula ke Universiti atau pusat pengajian. Bila tarikh daftar masuk. Dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengeluarkan kalender akademik untuk sesi pengajian Julai 2010/2011 didalam laman MyNemo didalam bentuk pdf. Pelajar boleh membuat muat turun secara terus dipautan dibawah atau mengambilnya di MyNemo;

Muatturun Dokument Digital Percuma

Kalender Akademik Julai 2010/2011
Jadual Waktu Kuliah Julai 2010/2011

Menurut kalender tersebut pendaftaran pelajar baru adalah pada 4 Julai 2010 iaitu sebulan daripada hari ini. Dan untuk pelajar lama pendaftaran bermula pada 11 Julai 2010 iaitu seminggu selepas pelajar baru mendaftar dan menjalani minggu suai kenal.

Cuti Raya Puasa (Aidilfitri)

Sebagai pengetahuan awal, Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dijangkakan jatuh pada 10 atau 11 September 2010 yang mana bulan Ramadhan akan tiba sebulan selepas pendaftaran masuk.  Manakala cuti akan bermula pada 5 sehingga 18 September 2010.

Cuti Raya Akhbar (Aidiladha)

Hari Raya Akhbar (Aidiladha) pula dijangkakan jatuh pada 17 & 18 November 2010. Semasa pertengahan musim peperiksaan. Menarik. Periksa – cuti – periksa. Maka cuti khas akan jatuh pada 14 sehingga 20 November 2010.

Untuk lebih maklumat tentang kalender akademik anda boleh memuatturun dokumen tersebut.

Dari RDL Kepada DOC, XLS, PDF, XML dan TIFF

Aku teruskan tentang Microsoft SQL Server Report Builder 2.0 yang aku guna dalam beberapa entri yang lepas. Dan aku mahu membuat pemindahan laporan tersebut daripada bentuk asal RDL kepada bentuk yang lain iaitu DOC, XLS, PDF dan TIFF sebagai percubaan untuk menguji kebolehan aplikasi ini

Dan hasilnya adalah ada yang menarik, boleh digunakan tetapi ada juga yang tidak boleh digunakan. Mungkin juga disebabkan aku buka fail-fail tersebut didalam OpenOffice bukannya Microsoft Office.

DOC : data hilang. Hanya grafik carta pai sahaja yang tinggal.
PDF : Gagal dibuka. ‘Plain Text’.
XLS : Baik, Data boleh digunakan, hanya mengalami masalah kecil.
TIFF : Baik tetapi hanya satu carta pai yang dimasukkan, mungkin tidak muat. Dan hanya satu sahaja gambar yang di keluarkan.
XML : Bagus. semua data berada didalamnya.

Kesimpulan

Untuk membuat eksport data kepada bentuk XLS dan XML adalah baik tetapi DOC, PDF mempunyai masalah.

Gambar

Ulasan Bebas: Majalah PC Mei 2010

Salam pagi semua. Semoga hari anda pada hari ini lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Sempena 1 Mei sekaligus merangkap Hari Pekerja maka aku mahu buat ulasan bebas untuk majalah yang berpaksikan komputerdan teknologi yang popular di Malaysia. Sebelum itu mahu aku war-warkan bahawa Ubuntu Linux 10.04 Lucid Lynx baru sahaja keluar kelmarin. Ok itu iklan.

Aku suka tazkirah oleh editor Majalah PC. Selain daripada hanya berkisar tentang IT masih tak tinggal tentang tazkirah. Lama aku perhatikan. Bagus. Teruskan.

Info Produk

Aku kurang minat untuk memberi ulasan tentang ini kerana semua berkaitan perkakasan terbaru. Aku bukan orang gila gadget. Maka aku kurang arif tentang ini. Tetapi Canon EOS 550D memang menarik. ISO 6400 dan boleh dihentam dipaksa menjadi  12800. Tetapi aku kurang pasti tentang kualitinya.

Canon Legria HF M31/ M300 ini juga menarik minat aku. Bukan aku suka pada perakam video tetapi apa yang diberi iaitu pemecah angin untuk mengurangkan masalah angin ketika merakam. Kalau betul ianya percuma atau didalam pakej maka aku kagum.

Kini semua orang mahu berkata tentang SDHC – Secure Digital High Capacity. Masakan tidak 32GB, 64GB hanya didalam sekecil kad, kelajuan juga pantas. 10MBps

Dunia IT

Aku kurang pasti bila bermulanya penulisan warga Universiti Tun Abdul Razak didalam Majalah PC pada kolum ini. Tetapi pada penulisan tentang Facebook aku sedikit keliru.

Penulis, Abdul Halim Bohadean mengatakan bahawa antara keistimewaan Facebook adalah tiada iklan, tetapi kemudian mengatakan bahawa iklan tersebut dimasukkan tanpa sedar. Mungkin aku dapat tangkap disebalik penulisan itu tetapi jika orang yang baru berkenalan dengan Facebook mungkin keliru.

Didalam tajuk yang sedikit membawa pembaca kepada dunia teknikal perhubungan rangkaian itu aku tiada banyak komen kerana aku bukan pakar didalam sistem rangkaian secara menyeluruh.

Perkara lain yang menarik adalah IBM Power7, Avira AV10, Exadata 2 oleh Sun/Oracle dan APICTA tetapi malangnya aku cuba memasuki url untuk ke APICTA yang diberikan tetapi ralat.

apictaFokus

Fokus pada keluaran kali ini adalah tentang Windows 7, dan banyak perkara yang menarik diberikan didalam kolum yang panjang. Disebabkan aku sendiri kurang menggunakan Windows 7 maka aku tidak akan membuat sebarang ulasan.

Soal Jawab Ubuntu Linux

Aku lihat trend soalan adalah bertanya tentang bagaimana atau boleh tidak aplikasi Windows digunakan didalam Linux. Aku tidak pernah menggunakan Adobe CS3, tetapi aku gunakan Adobe Photoshop 7 (original okeh~ :p ) didalam Linux untuk komik aku. Dan kadang kala aku gunakan ArtRage 2 Starter Edition didalam Wine juga. Keduanya bergerak tanpa masalah besar.

Ada yang bertanya tentang hubungan kepada Internet. Aku juga mempunyai masalah yang sama beberapa hari yang lepas dan kini telah selesai. Aku hanya perlu membuat kemaskini firmware modem Huawei e220 ini.

Soal Jawab IT

Soalan lain aku rasa akan abaikan. Kerana kebanyakkan berkaitan dengan virus. Tetapi masalah pertama iaitu papan kekunci itu aku merasa sedikit pelik.  Chin Chun Hoe mengatakan bahawa kekuncinya apabila ditekan shift+2 akan keluar simbol ” tetapi apabila ditekan shift+’ akan keluar @. Seolah-olah kedua ini bertukar.

Jawapan daripada pihak Majalah PC yang aku anggap terlepas pandang iaitu mengatakan;

  1. papan kekunci rosak
  2. sistem operasi atau perisian papan kekunci itu rosak
  3. usb rosak

Tetapi apabila aku ingat kembali, masalah ini biasa berlaku dan aku kurang ingat dimana dan mengapa. Aku jalankan carian Google dan aku jumpa kembali. Masalah itu telah aku katakan didalam forum Sembang Komputer dahulu. Ini tajuknya: masalah keyboard selepas format.

Anda perlu faham kebanyakkan komputer yang dipasarkan di Malaysia menggunakan aturan kekunci QWERTY US. Dan jika anda membuat atau tersilap buat pengaturan maka kekunci anda akan menjadi UK atau lebih teruk lagi menjadi kekunci negara lain yang menggunakan konfigurasi seperti DVORAK, COLEMAX atau AZERTY.

Dibawah aku letakkan contoh konfigurasi kekunci;

QWERTY US – ini yang anda selalu gunakan.keyboard-layout-qwerty-usQWERTY UK – ini yang dihadapi oleh pemberi soalan.keyboard-layout-qwerty-ukDVORAK – Dicipta oleh Dvorak, dikatakan mampu membuatkan penulisan lebih pantas.keyboard-layout-dvorak-usAZERTY -aku sendiri tak pernah gunakan azerty.keyboard-layout-azertyCOLEMAK – ini juga tak pernah aku guna.keyboard-layout-colemak

Persoalannya…

Kenapa satu antero dunia tak guna kekunci yang sama? Ada beberapa sebab;

  • Keadaan sesebuah golongan, mana yang mereka biasa. Seperti $ dan £ diatas kekunci 4.
  • Kajian dan eksperimen. Yang aku tahu DVORAK memang satu kajian untuk melawan QWERTY.

Aku dapat rasa hampir semua orang di Malaysia menggunakan QWERTY US. Tak perlu tanya. Apa kata kamu mencuba DVORAK?

Notakaki 1: Jika kamu masuk untuk muat turun pdf Majalah PC Mei 2010, maaf aku tiada.

« Entri Sebelum Ini

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site