PCLinuxOS #42 Julai 2010 Dilepaskan

pclinuxos #42 july 2010

Menarik Bulan Ini

  • Isu yang ke 12 setelah perubahan editor yang baru.
  • Pengenalan kepada antaramuka KDE Netbook.
  • World Population Day #21 (11 Julai 2010). Tema tahun ini ‘Everyone Counts‘.
  • Bermain-main dengan konfigurasi xfce dan KDE.
  • 2 buah lagu (Siap bagi lirik, mp3 dan oog percuma).
  • Ulasan permainan Osmos.
  • Belajar tentang Shell/Terminal/Konsole.
  • Dan ada beberapa lagi yang korang boleh baca sendiri.

Kalau berminat, boleh muatturun secara percuma (pdf) pada pautan dibawah; (more…)

Apa Yang Menariknya Opera 10.60?

Mungkin ada yang tak tahu Opera adalah pelayar internet yang pertama mencecah dua angka. iaitu 10. Yang paling dekat aku kira ialah Internet Explorer (IE). Iaitu IE9. Safari 5. Chrome 6. Firefox 4.

opera-10.60-download-from-chrome

Apa yang menarik dalam Opera 10.60? Aku baru muatturun dan baru membelek-belek.

Kelajuan

Boleh tahan beb! Aku suka. Acid3 pun dibelasah tanpa masalah. Betul-betul 100%

acid3-test-opera-10.6-in-ubuntuSelalunya memang tak de masalah bagi Opera untuk dapatkan markah terbaik. Bagi la mana-mana pun. Cabaran paling dekat pun hanya Webkit yang kadang-kadang 100% kadang-kadang 99.999999%

Respon

Aku rasa dia lebih respon daripada Firefox 3.6.6 aku. Maksudnya lebih bagus.

Skrip

Aku rasa ada sesuatu yang menarik minat orang-orang tertentu pada Opera contohnya macam fungsi cariannya;

opera-10.60-test-search-function-in-ubuntu

Skrin akan digelapkan sementara perkataan yang dicari akan tertonjol jelas. Lebih fokus.

Dragonfly

Penat aku pikir macam mana mahu hidupkan Dragonfly. Rupanya ada sedikit ‘hiccup‘ pada Dragonfly ini. Selepas itu kembali normal.

Aku masih pikir bagaimana menggunakan Dragonfly ini. Apa bezanya dengan Firebug.

dragonfly-in-opera-10.6-ubuntuNotakaki 1: Ada sedikit masalah rupanya dalam Opera tentang kotak carian aku yang guna CSS3 itu.
Notakaki 2: Opera 10.60 masih beta. [Muatturun Opera 10.60]

Puppy + Ubuntu = Lucid Puppy

Aku kurang pasti Puppy Linux (ya dalam Linux ada satu distro namanya Puppy) berdasarkan distro apa. Tetapi kod nama untuk versi 5.0 adalah Lucid Puppy. Ada kaitan dengan Lucid Lynx daripada Ubuntu. Kalau mengikut DistroWatch Puppy Linux tidak diberpaksikan mana-mana distro yang lain.

Tetapi untuk versi 5 ini mereka telah membuat satu perubahan yang mana kini mereka berdasarkan Ubuntu kerana Ubuntu dilihat sebagai satu distro yang maju didalam Linux.

Aku belum cuba Puppy Linux. Nanti aku muat turun lagi pun saiznya kecil. Hanya 128MB. Mulakan muatturun;

tmukmkd@minimalisme:~$ wget http://mirror.internode.on.net/pub/puppylinux/puppy-5.0/lupu-500.iso

Atau anda boleh pilih pelayan anda sendiri di laman muatturun rasmi Puppy Linux.

Kemaskini 1

Aku sudah cuba, hanya LiveCD. Boleh tahan la. Agak pening UI nya. Mungkin sebab JWM. Apa itu JWM?
JWM adalah nama singkatan kepada Joe’s Window Manager. Salah satu jenis antaramuka pengguna. Ringan.

puppy-linux-5-codename-lucid-puppy

Tak Sama Tapi Serupa

Selalu orang berkata, sama tapi tak serupa. Tapi aku mahu katakan tentang perkara yang tidak sama tetapi akhirnya serupa. SQL sintak.

Aku diberi tugas untuk mengkaji tentang Crystal Report didalam Visual Studio tetapi disebabkan Visual Studio 2008 Express Edition tidak mempunyai fungsi tersebut maka aku pergi ke alternatif yang diberikan oleh pihak Microsoft secara percuma. Bukan mudah Microsoft nak beri percuma!

Microsoft SQL Server Report Builder 2.0.

sql-server-report-builder-2008Aku memang tak berapa handal dalam SQL dan aku pun belajar la sedikit sambil mengeksploitasi perisian percuma ini. Dan aku mencuba menggunakan data yang sedia ada. Dan aku perlu ambil data daripada empat ‘table’ data untuk dijadikan laporan. Biasalah, laporan semestinya mencantumkan banyak data daripada pelbagai ‘table’ menjadi satu.

Dan ini sintak aku guna secara manual;

SELECT
studumt.nomatrix,
studumt.noid,
studumt.nama,
makli.penylinama,
penyumt.penynama,
negeri.negeri

FROM makli
LEFT OUTER JOIN
studumt ON (studumt.nomatrix = makli.nomatrik)
LEFT OUTER JOIN
penyumt on (makli.penynoid = penyumt.penynoid)
LEFT OUTER JOIN
negeri on (makli.nonegeri = negeri.nonegeri)

Dan ini sintak yang aku gunakan kaedah automatik menggunakan Microsoft SQL Server Management Studio;

SELECT
studumt.nomatrix,
studumt.noid,
studumt.nama,
makli.penylinama,
penyumt.penynama,
negeri.negeri

FROM makli
INNER JOIN
negeri ON makli.nonegeri = negeri.noNegeri
INNER JOIN
penyumt ON makli.penynoid = penyumt.penynoid
INNER JOIN
studumt ON makli.nomatrik = studumt.nomatrix

Hasilnya sama.

Notakaki 1: Aku kurang pasti kenapa hasilnya sama. Mungkin perlu lukis gambar rajah venn?

Adamaya dan Ubuntu

Sebelum anda meneruskan dan ada yang melatah tak tentu, sila baca penafian.

Aku suka dengar lagu tema Adamaya tu. Menarik. Alah, cerita pukul 6.30 tu. Yang selalu Topo, kamu dan kamu kejarkan duduk depan tv tu. Apa yang aku tahu lagu tersebut dinyanyikan oleh Dakmie, dengan tajuk Yang Terindah. Mana mahu aku dapatkan lagu itu? Huh.

Mahu muatturun lambat. Aku sedang gunakan modem Huawei E220 dan uMobile. Maka aku gunakan Youtube. Heh. Aku sudah jumpa yang berkualiti.

adamaya-youtube-download-muatturun-percumaTakkan aku perlu buka Youtube setiap kali mahu dengar lagu ini. Gila. Muatturun! Tetapi bukan dengan cara biasa.

Biarkan video tersebut dimuatturun (streaming) secara penuh. Aku buka direktori tmp didalam Linux Ubuntu 10.04 aku ini dan aku jumpa videonya. Heh.

adamaya-dalam-direktori-tmp-linux-ubuntuBiarkan namanya yang pelik itu. Isinya yang penting. Aku mahukan MP3 bukannya FLV. Buka pula Sound Converter. Percuma didalam Linux. Tarik FLV tersebut masuk ke Sound Converter dan mulakan penukaran format!

adamaya-dari-flv-tukar-ke-mp3-percuma-dalam-ubuntuSelalunya tidak lama. Kira-kira 30 saat sudah cukup. Dan ini hasilnya

adamaya-yang-terindah-dekmie-mp3Heh. Sudah siap. Jom dengar!

Penafian: Entri ini bukan untuk menggalakkan cetak rompak. Tetapi aku hanya guna apa yang ada didalam internet. Sila sokong industri musik tanah air dan dunia. Aku juga tidak mempunyai salinan lagu Yang Terindah didalam bentuk MP3, WMV mahupun WAV untuk dikongsikan.

Notakaki 1: Jawapan untuk semalam adalah emak! Jika tidak dapat sila baca balik soalannya.

« Entri Sebelum Ini

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License