Pencen Game Facebook

facebook-logo

Semalam, dengan secara rasminya aku melepaskan semua permainan didalam Facebook termasuklah Pet Society dan permainan lainnya.

Terima kasih sebab mengajar aku sesuatu dalam semua permainan.

Kreativiti.

(more…)

Kini Pet Society Dalam 3D

Pihak Playfish pada hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membuat versi 3D untuk salah satu permainan popular mereka iaitu Pet Society. Pemain hanya perlu menekan butang 3D untuk menukarkan Pet Society yang didalam bentuk 2D kepada 3D.

Tetapi pihak Playfish mengatakan ini hanya satu percubaan sahaja kerana mereka tidak pasti lagi bahawa adakah fungsi terbaru ini mampu ditangani oleh sistem pelayan mereka yang mana pernah dilanda masalah teknikal yang digelar oleh pemain Pet Society sebagai “March Maintenance”.

playfish-petsociety-march-maintenance“Jika semuanya berjalan lancar, maka tidak salah untuk Pet Society dijalankan dalam bentuk 3D”, kata jurucakap Playfish.

Cara-caranya

1. Anda hanya perlu masuk ke permainan Pet Society

2. Cari butang 3D di bawah skrin seperti didalam gambar dibawah

pet-society-3d-mode-button-april-fool

Butang 3D Pet Society

3. Dan akan keluar satu tetingkap pengesahan bahawa anda mahu menukarkan Pet Society 2D kepada 3D seperti gambar dibawah

pet-society-3d-mode-april-fool-notification-window

tetingkap pengesahan

4. Tunggu sehingga selesai.

5. Selamat berhibur!

Notakaki 1: Owh sila lihat gambar dibawah

pet-society-3d-mode-april-fool-notification-prank

owh! gurauan semata!

Notakaki 2: Mana mungkin Pet Society boleh buat kepada 3D. 2D pun sudah sangkut!

Hadiah Tuan Ceploz Mac 2010

Tuan Ceploz amat sibuk kebelakangan ini. Dia perlu menghadiri mesyuarat merata dunia, merata benua. Sehinggakan terlupa tugas bulanannya untuk memberikan sedikit hadiah kepada sesiapa yang mahukan. Oleh itu bulan Mac yang panas ini akan disejukkan sedikit dengan pemberian hadiah Tuan Ceploz.

projek-terbaru-tuan-ceploz
Projek Terbaru Tuan Ceploz

Jika sesiapa perasan, dunia Pet Society telah berubah sedikit. Itu adalah disebabkan projek penjenamaan semula Pet Society oleh Tuan Ceploz dan dibantu oleh Mayor dan pasukannya.

Tuan Ceploz hanya bantu dari segi kewangan sahaja. Kalau perasan disudut bawah kanan (tekan gambar dikanan anda untuk lebih jelas) ada ladang sayuran dan kambing agro. Itu pun satu langkah memajukan lagi kawasan Pet Society ini. Hebat tak?

Baiklah kita pergi ke agenda yang sebenar.

Kali ini tidak banyak kerana Tuan Ceploz tidak sempat membeli barangan harian iaitu telur misteri secara tetap, dan ini sahajalah yang dapat diberikan. Caranya anda perlu membuat komen dengan nama yang boleh dikenali oleh Tuan Ceploz didalam ruangan komen dibawah. (more…)

Kenapa Saya Suka Pet Saya?

Perutusan daripada Tuan Ceploz
sayasukapetsaya_poster (more…)

Hadiah Percuma Dari Tuan Ceploz

Notis awal
Ini bukan skim cepat kaya. Ini bukan MLM dan ini juga tiada kaitan dengan nuff yang ada di blog ni. Ini hanya sekadar mahu membantu mereka yang mahukan bantuan.

kepada mereka yang berkaitan,

adalah dimaklumkan dengan merujuk perkara tajuk diatas bahawa pet aku, iaitu Tuan Ceploz mahu memberikan sedikit hadiah kepada mereka yang mahukan hadiah. Hadiah tersebut adalah percuma dengan syarat tertentu, (more…)

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License