Tadi sudah selesai berbincang tentang PITA dengan supervisor. Maka ini yang aku dapat rumuskan;
Six Sigma Tools. Versi 2. Kerana banyak perubahan akan dilakukan.
Aku akan kembali kesini dalam beberapa bulan akan datang. Walhal rakan lain mengorak langkah keluar dari dunia pelajar. Terkesan dengan tulisan Gariyn, maka aku keluarkan lirik daripada Regina Spektor.
Just because everything’s changing
Doesn’t mean it’s never
Been this way before
All you can do is try to know
Who your friends are
As you head off to the war
Pick a star on the dark horizon
And follow the light
Ambil senjata, pegang pada pendapat dan strategi. Jatuh sekali tak bermakna akan jatuh tersungkur selamanya. Sekali orang tidak terima, akan datang belum tentu.
Apakah ada peluang untuk buat Master dengan tajuk itu? Aku terfikir. (more…)
Keputusan PITA telah diumumkan dan dimaklumkan kepada umum bahawa aku gagal. Yup gagal.
Sebab yang dikatakan aku gagal adalah kerana sistem aku tersebut tidak mempunyai proses bisnes kerana melibatkan Six Sigma dan harapan panel adalah untuk melihat satu sistem yang mempunyai kepandaian untuk menganalisa data yang dimasukkan kedalam sistem dan memberikan output yang boleh membantu pengguna didalam proses Six Sigma.
Dan sistem aku hanya satu sistem input output. (aku kurang pasti orang lain ada atau tidak proses bisnes) Apa pun aku terima keputuasan tersebut. Itu keputusan panel. Dan aku sedang merancang apa perlu dilakukan untuk akan datang. (more…)
Bila rumusan daripada pembentangan PITA dilakukan tadi, ada satu perkara yang diketengahkan: kutuk pensyarah didalam blog.
Dan dikatakan sedikit, ada yang mengatakan “pensyarah gila gila” dan aku sedikit terasa dengan ayat tersebut kerana aku baru sahaja menulis tentang itu pagi tadi iaitu Getusan PITA. Aku ambil kembali ayat tersebut.
Dengar kata seperti kegilaan mahu memberikan gref F kepada kebanyakkan pelajar.
Mungkin pentafsir membaca: “pensyarah gila kerna mahu memberikan gred F kepada pelajar”. Aku pun tidak tahu. Pelik. Kegilaan tersebut bukan gila pada zahir penulisannya tetapi itu satu nilai yang memberikan impak “kemahuan yang amat sangat” atau “beriya-iya”, apa tidak pernah dibisikkan ditelinga cerita Laila dan Majnun? (more…)
Bukan aku suka-suka mahu tulis perkara tak berilmiah dalam blog ini. Mungkin aku terpaksa.
Berikut adalah getusan hati terhadap pembentangan PITA yang telah lalu. Aku tidak tahu aku lulus atau tidak. Dengar kata seperti kegilaan mahu memberikan gref F kepada kebanyakkan pelajar.
Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam isu ini. Mungkin aku yang bersalah. Entah. Ok mari teruskan!
Sistem Yang Biasa
Ini adalah pakej kepada getusan yang lain seperti;
Memang tidak dinafikan bahawa didalam fikiran aku (more…)