Bukan aku suka-suka mahu tulis perkara tak berilmiah dalam blog ini. Mungkin aku terpaksa.
Berikut adalah getusan hati terhadap pembentangan PITA yang telah lalu. Aku tidak tahu aku lulus atau tidak. Dengar kata seperti kegilaan mahu memberikan gref F kepada kebanyakkan pelajar.
Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam isu ini. Mungkin aku yang bersalah. Entah. Ok mari teruskan!
Sistem Yang Biasa
Ini adalah pakej kepada getusan yang lain seperti;
Memang tidak dinafikan bahawa didalam fikiran aku (more…)
8.30 – Fuh! Aku datang awal. Ubuntu tiada masalah dengan projektor. Bagus.
9.00 – Arahan pembentangan diberikan oleh En Sumazly. Setiap pembentang diberikan 20 minit. 15 minit untuk pembentangan, 5 minit untuk soal jawab. Selamat berjaya untuk semua. Senarai nama pembentang dipanggil secara lawak rawak.
Itu yang aku fikirkan sekarang ini. Bila aku boleh katakan sistem aku ini siap?
Struts Framework seolah-oleh membunuh aku. Dan petang ini MySQL pula buat hal. Terima kasih kepada mereka “berdua”.
Aku sayang kamu “berdua”.
Sabar! Aku yakin esok selesai semuanya.
Esok. Atau.. (more…)
Disebabkan Kamen Rider telah hilang buku Garis Panduan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) yang telah diberikan secara fizikal iaitu buku, maka aku muatnaik versi e-buku yang telah diberikan pada awal musim PITA sesi 1 dahulu. Moga membantu.
Disebelah adalah carta pai yang menunjukkan taburan pelawat syafiq.net berdasarkan sistem operasi. Dapat dikatakan bahawa Windows XP masih popular. Dan Windows 7 mengejar rapat. Linux masih tidak ramai yang masuk kerana jika dilihat ketinggalan begitu jauh.
Setelah dikira, 89 peratus pelawat didalam syafiq.net menggunakan sistem operasi Windows dan hanya 8.6 peratus sahaja yang menggunakan Linux. Sepuluh kali ganda. (more…)