Google Beli BumpTop: Aplikasi Ruang Kerja 3 Dimensi

Dinyatakan secara rasmi bahawa kini BumpTop, satu syarikat yang mengeluarkan aplikasi ruang kerja tiga dimensi [1] telah dipunyai oleh Google. Aku pernah membuat entri tentang BumpTop tidak lama dahulu. Jika anda berminat untuk membacanya silakan terus ke entri Ruang Kerja 3D: Perlu Atau Tidak?.

ruang-kerja-3-dimensi-bumptop-perlu-atau-tidak

Didalam notis (gambar dibawah [via]) kepada yang dikeluarkan oleh pihak BumpTop mengatakan bahawa mereka tidak lagi menyediakan aplikasi percuma ataupun berbayar kerana telah dimiliki oleh Google.

Pengumuman BumpTopRujukan

[1] Evan Selleck, “Google Officially Acquires BumpTop,” Slash Gear, May. 2010.
[2] Eric Savitz, “Google Buys BumpTop, 3D Desktop Organization Software Tool,” Barrons.com, May. 2010.
[3] Curt Hopkins, “Google Buys Bumptop,” ReadWriteWeb, May. 2010.
[4] David Murphy, “Google Allegedly Acquires BumpTop, a 3D Desktop Developer,” PCMag.com, May. 2010.
[5] Jack Loftus, “Google Acquires 3D Desktop Manager BumpTop,” Gizmodo, May. 2010.
[6] Steven Musil, “Google acquires 3D desktop BumpTop,” CNET News, May. 2010.
[7] Darren Murph, “BumpTop acquired by Google, no longer available,” Engadget, May. 2010.
[8] Thom Holwerda, “BumpTop Acquired by Google,” OSNews, May. 2010.

Ruang Kerja Aku

Rasanya telah acapkali aku menulis disini, aku adalah salah seorang pelajar diseluruh Malaysia yang sedang membuat latihan industri. Aku baru mahu masuk minggu yang ketiga, ada pelajar Universiti lain seperti Fiffy rasanya telah lama atau sudah hampir habis.

Terus ke kisah sebenar. Aku memang dah bercadang untuk pasang dua monitor pada ruang kerja aku minggu ini. Kerana 5 orang dari UiTM yang membuat latihan industri di Prodata ini telah tamat minggu lepas. Dan demikian aku dapat menggunakan ruangan yang ada. Jikalau sebelum ini berkongsi ruangan bersama Kamal.

ruang kerja di prodataAku hanya gabungkan sahaja antara monitor yang banyak disitu bersama komputer riba aku. Papan kekunci itu pun aku ambil dari meja sebelah. Mudah sikit menaip. Tetapi agak kuat berbunyi. Huh.

Aku rasa sebab aku sudah biasa bekerja di ruangan lebih daripada satu ruang kerja di Linux menyebabkan aku sukar membuat kerja di Windows.

Maka alternatifnya aku buat begini. Tidak tipu aku lebih mudah fokus begini. Mungkin kerana jarak dua skrin yang berlainan menyebabkan mata aku tidak hanya tertumpu pada satu jarak fokus sahaja. Kurang letih.

Notakaki 1: Tengah berfikir bagaimana mahu bermain CSS dengan asp.net seperti sukar. Entah mengapa.

42×42 Ruang Kerja Maya

ubuntu-LogoRekod terbesar pernah aku buat adalah 32×32 ruang kerja maya menggunakan Ubuntu 8.10 dahulu. Di Ubuntu 9.10 tidak pernah mencuba. Paling maksimum tetapan secara lalai adalah 16×16 sahaja. Itu pun aku kira aku tidak mahu menggunakannya kerana terlalu banyak untuk dikawal. Kini seorang Israel berjaya membuat ruang kerja maya 41×41 didalam Ubuntu 10.04 beta 1 dengan gnome-shell 2.28.1.

Berapa Banyak Ruang Kerja?

16×16 = 256
32×32 = 1024
41×41 = 1681

Apa itu ruang kerja maya?

Didalam Linux anda boleh membuat ruang kerja maya yang agak banyak untuk memudahkan kerja anda. Ruang kerja maya ini berfungsi seperti ruang kerja yang berasingan antara satu sama lain. Seperti anda mempunyai banyak paparan monitor. Secara maya. Jika anda tidak faham, maka aku sarankan anda mencari didunia internet. Aku cadangkan pautan ini [wikipedia].

Gambaran adalah seperti dibawah;

4x1-virtual-work-space-ruang-kerja-maya-ubuntu-9.10
Ruang Kerja Maya 4×1 Ubuntu 9.10

Aku suka gunakannya untuk membuat pengaturan antara kerja aku. Seperti ruang kerja 1 untuk buka pelayar interent, Firefox. Ruang kerja dua untuk buka pemain lagu, Songbird. Ruang kerja ketiga untuk buka Persekitaran Pembanggunan Berintergrasi (IDE), NetBeans.

Dengan itu kerja aku akan lebih mudah dikawal supaya tidak bercampur antara satu kerja dengan kerja yang lain. Dan kadang kala juga aku merasa agak janggal jika menggunakan komputer orang lain kerana aku tidak biasa semua aplikasi dibuka pada satu tempat.

Secara lalainya aku membuka 6×1 ruang kerja maya.

Berapa Banyak Yang Sepatutnya?

Terpulang kepada anda. Jika anda selesa dengan 2×1, maka itu adalah pilihan ada. Jika anda berminat dengan 4×1 itu juga adalah pilihan anda. Tetapi jika terlalu banyak pun tiada gunanya jika anda tidak boleh menggunakan semua dengan baik. Aku juga kadang kala merendahkan sedikit bilangan kepada 4×1 sahaja.

Kenapa Perlu Banyak?

Perkara ini seakan satu tanda aras kepada grafik didalam Linux. Walaupun bukan secara rasmi. Kerana lebih banyak ruang kerja maya yang dihidupkan akan lebih banyak menggunakan sumber. Mungkin tidak nampak untuk 4×1 atas 6×1 tetapi jika dibuka 16×16 atau 32×32 akan terasa lainnya. Apatah lagi 41×41.

Untuk pengguna Linux: Berapa jumlah ruang kerja maya anda?

Untuk pengguna Windows: Rasanya ada cara untuk membuat begini didalam Windows, aku kurang pasti aplikasinya. Anda tahu?

Untuk pengguna MacOS: Anda guna Spaces?

Untuk pengguna sistem operasi lain yang menggunakan antara muka pengguna grafik: Adakah sistem operasi anda menyokong ruang kerja maya?

Rujukan

[1] anonymous user, “Linux Today – Ubuntu 10.04 Lucid lynx & gnome-shell 2.28.1 breaks a workspace record,” Linux Today, Mar. 2010.

Ruang Kerja 3D: Perlu atau tidak?

Tarikh Keluaran Artikel: 11 April 2009

BumpTop
Apabila diperkatakan tentang pengurusan ruang kerja atau kata lainnya desktop terdapat pelbagai cara yang menarik perhatian. Jika Linux terkenal dengan multi-ruangkerjanya yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk orang yang tahu menggunakannya, kini tiba satu lagi cara baru, yang dahulunya hanyalah satu prototaip, iaitu BumpTop.

Ruang Kerja 3D

Idea asalnya adalah untuk memberikan sistem pengurusan ruang kerja yang lebih efisian dan juga lebih realiti kepada pengguna komputer. jika dahulu hanya satu ruang kerja yang landai dan begitu membosankan jika terlalu penuh, kini cara tersebut dapat diubah dengan lebih cantik dan tersusun. Idea tersebut dibahagi kepada empat tunjang utama.

Pengurusan
Siapa yang mahu melihat sesuatu ruang kerja yang bersepah dan seringkali menjadikan ruang kerja kurang menarik dan berserabut. Oleh itu BumpTop mengatakan bahawa mereka mampu untuk menjadikan ruang kerja ada lebih terurus. Seperti didalam gambar, anda mampu untuk menyatukan semua perkara yang sama menjadi satu “tiang” dengan kata lain dikumpulkan bersama dan tidak berterabur. Kerana didalam kehidupan sebenar, semua file yang berkaitan akan dijadikan bersama, supaya mudah untuk dicari pada masa akan datang. Itu idea pertama.

Produktiviti
Apa bila sesuatu ruang kerja itu tersusun seraya itu juga produktiviti akan datang dengan sendirinya. Mudah untuk melihat fail yang diperlukan, mudah untuk membuat kerja seperti membuat salinan kepada pencetak, menghantar email, memasukkan fail kedalam storan luaran dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung produktiviti kerja akan dapat dinaikkan.

Grafik Antara Muka Generasi Baharu
Sekarang ini, kebanyakkan grafik antara muka (GUI) mempunyai satu persamaan, cuba untuk menjadikan GUI itu lebih realiti daripada segi grafiknya mahupun fiziknya. Oleh kerana itu juga BumpTop menggunakan cara tersebut untuk menjadikan BumpTop sesuatu yang kelihatan lebih benar. Bukan hanya satu aplikasi yang hanya mementingkan grafik semata mata. Ia juga menyokong multi sentuh.

Jaringan Sosial Yang Mudah
Facebook, Twitter dan Emel, perkara yang biasa didengari pada masa kini, dan telah menjadi tren kepada semua pengguna yang mengikuti tren. BumpTop menyediakan sesuatu yang menarik kepada mereka dengan menyediakan kemudahan intergrasi secara terus dengan jaringan sosial virtual tersebut. Dengan hanya perlu menolak (bump) sesuatu fail keatas (top) logo aplikasi tersebut, fail yang anda tolak tersebut akan terus berintergrasi dengan aplikasi tersebut. Mungkin daripada perkara ini nama BumpTop itu didapati.

Kesimpulan Dan Pendapat K
Jika K baca daripada atas hingga kebawah, seperti K sedang membuat promosi tentang aplikasi ini. Maka itu ingin dinyatakan disini bahawa K tidak menggunakan aplikasi ini atas beberapa sebab;

  1. Versi untuk Linux masih tiada. K menggunakan Linux Ubuntu
  2. Kad grafik. K melihatkan perkara ini memerlukan kad grafik yang kuat. K hanya mempunyai chipset sahaja.
  3. Tidak perlu. K tidak memperlihatkan aplikasi ini adalah perlu. K tidak suka meletakkan barangan di ruang kerja. Tidak bebas.

Tetapi K tidak mengatakan aplikasi ini tidak bagus, anda boleh mencubanya dengan memuat turunnya di [sini]. Nyatakan apa pandangan anda tentang aplikasi ini di ruangan komen. Selamat mencuba K ucapkan.

Rujukan
Brad, L. (2009) Dikeluarkan pada 8 April 2009. BumpTop: Do we really need a 3D Windows desktop?. Hiper-rangkai: www.downloadsquad.com

**Tajuk ini ditunda keluarkannya daripada pukul 12.00 kepada pukul 02.00 kerana memberi laluan kepada Conficker. Episod Khas

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License

Switch to our mobile site