3 April lepas pihak Songbird mengumumkan mereka terpaksa mengugurkan sokongan terhadap pelantar sistem operasi Linux kerana sebab yang tidak dapat dielakkan(x_x;)dan kini aku baru diberitahu oleh Akmal Hisyam, FossMalaya memberitahu diruangan komen artikel sebelum ini bahawa Songbird akan diselamatkan dan diberikan penjenamaan semula. w00t~ O(≧▽≦)O
Nama baru Songbird adalah Nightingale. Jika JomLinux menggelarkan Songbird sebagai Gagak, maka nama baru untuk Gagak tersebut adalah Bulbul atau Burung Rindu Bulan. Aku memilih nama Bulbul ( بلبل ) kerana menarik dan lebih pendek daripada Rindu Bulan (o^<^)o . Jika aku membuat carian menggunakan Google tentang “nightingale” aku akan berjumpa gambar ini:
Hampir sama dengan apa yang pernah aku guna ArtRage. Sebentar aku mahu muatnaik gambar tersebut. Aku rasa burung tersebut bukan Burung Rindu Bulan tetapi warnanya hampir sama. Ini dia;
Owh warnanya lebih cerah. Tak mengapa. Asalkan projek ini berjaya. Aku memang suka menggunakan Songbird tetapi dengan kedatangan Nightingale pun menarik juga. \(>0<)/ Semoga berjaya.
Pihak pembangun Songbird telah mengeluarkan berita yang tidak menyeronokkan iaitu mereka akan menggugurkan sokongan kepada pelantar Linux. Ini kerana Linux dilihat telah ketinggalan daripada dua pelantar yang lain iaitu Windows dan Mac daripada segi fungsi yang mereka sedang bangunkan.
Perkara ini disambut dengan kekecewaan oleh ramai pengguna Songbird yang menyokong pembangunan Songbird didalam pelantar Linux. Aku juga menggunakan Songbird. Songbird boleh dikatakan sebagai iTunes di Linux. Dan kini terdapat dua jalan untuk pengguna Linux. Gunakan versi yang ada atau gunakan kembali pemain media seperti Rhythmbox, Banshee dan Amarok.
Aku tetap menggunakan Songbird. Kerana aku lihat fungsi yang baru adalah untuk menyokong fail video. Dan aku ada mplayer untuk lakukan perkara tersebut.
Kamu yang gunakan Linux, kamu guna apa untuk pemain lagu?
[1] Georges Auberger, “Songbird Blog » Songbird Singing A New Tune,” Songbird, Apr. 2010. via Kroc Camen, “Songbird Drops Linux Support,” OSNews, Apr. 2010.
Aku suka dengar lagu.
Tidak kira mana artis yang datang daripada Songbird aku sambut.
Daripada Elvis Presley, The Beatles, B.B.King dan Frank Sinatra
kepada instrumental macam Maksim,
Yang terkenal macam Greenday, Linkin Park, Queen dan John Mayer,
sampai la korang tak kenal macam Miester, 10-Feet dan Kartina Dahari,
nasyid pun tak dilupa macam Rabbani dan Raihan. Akhil Hayy tak layan.
orang Jepun macam YUI dan Beat Crusaders,
dari seberang macam Dygta, Laluna dan J-Rocks,
Madeh/qasidah pun aku belasah juga mana yang aku paham macam daripada Jam’iyyah An Nabawiyah dan Nabawiyah Yayasan Sofa.
Tertinggal satu. Neil Sedaka pun aku dengar. Aku suka dengar masa buat kerja lebih lagi masa buat PITA.
Korang pula?
Notakaki 1: Aku suka dengar lagu yang orang lain tak dengar. Biar orang lain tak boleh nak nyanyi sama.
Notakaki 2: Aku perasan aku kurang lagu dari Malaysia. Aku kurang patriotik ke?
Bila Burung Bernyanyi
Artikel tentang Songbird yang pertama didalam blog ini ditulis pada 7 Disember 2008. Ya, lebih setahun yang lalu. Pada masa itu versi 1.0 RC1 baru sahaja dikeluarkan. Digelar sebagai “iTunes Killer” dan kini Songbird baru sahaja mengeluarkan versi yang terbaru, Songbird 1.4.2. Antara lain perubahannya adalah pembentukkan bulu yang baru. Bulu di dalam Songbird dimaksudkan dengan tema. Daripada bulu yang berwarna putih kini telah menjadi ungu kehitaman. Mungkin ingin menampakkan lebih matang.
Aplikasi plugin juga telah semakin matang. Boleh didapati di laman rasmi Songbird untuk pengguna Windows (Win7 tidak ditawarkan secara rasmi, walaupun masih boleh dipasang), Linux dan juga Mac OSX. Oh tidak lupa, adakah anda tahu bahawa anda boleh memuat turun lagu di internet secara percuma dengan menggunakan Songbird dan SkreemR sebagai plugin?. Sumber: Songbird, lifehacker.com
SkreemR
Oleh kerana begitu minat dengan lagu tersebut, pencarian menggunakan SkreemR dimulakan. Dan hasilnya begitu memberansangkan. Lihat gambar di bawah:

419 hasil. Dan sehingga 100 yang pertama, 20 versi Bring It On Home To Me boleh dimuat turun. Perhatikan gambar yang menunjukkan ada butang download. Anda mungkin berminat jika anda mencubanya sendiri. Songbird
Intergrasi Bersama Karmic
Yang paling menarik adalah intergrasi bersama Linux Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) yang membolehkan notifikasi lagu yang dimainkan ditunjukkan menggunakan features notifikasi Karmic yang sedia ada. Sekali gus menunjukkan pengaruh Ubuntu dan Linux didalam Songbird bukan boleh diabaikan begitu sahaja.
Penulis baru
Sementara ini juga K dengan berbesar hatinya memperkenalkan penulis jemputan yang pertama didalam blog yang tidak popular ini. Beliau adalah penulis blog Sukiprettle, Sukiminna. untuk mengenali lebih lanjut tentang apa yang akan dibuat oleh Suki didalam blog ini, K rasa lebih baik Suki sendiri menulis serba sedikit.
Ok, kita tamatkan edisi hari ini.