Pusing kamera.. Cahaya… Berlakon!
Pernah dengar seorang Direktor filem berkata begitu? haha. Aku tak penah. Selalunya; roll camera, lighting, action.
Filem pendek 30 minit sebagai tugasan kumpulan telah diubah kepada nama baru, Surat dariapada nama asal, The Letter. Kalau aku rajin nanti aku muatnaik. Macam la korang nak tengok filem murahan ni.
Aku nak tunjuk apa yang aku dah buat guna Sony Vegas.
Aku merupakan editor untuk projek filem pendek 30 minit yang masih tiada tajuk tetap yang aku beri nama The Letter sebagai nama tidak rasmi. Dan aku menggunakan aplikasi Sony Vegas Pro 9.0 yang digunakan didalam Windows XP via VirtualBox. Bukan tidak mahu menggunakan aplikasi sumber terbuka seperti Kdenlive tetapi terdapat masalah dengan konfigurasi alsa. Dengan sebab itu aku perlu menggunakan cara susah ini. (more…)