Adalah Dimaklumkan..

Keputusan PITA telah diumumkan dan dimaklumkan kepada umum bahawa aku gagal. Yup gagal.

Sebab yang dikatakan aku gagal adalah kerana sistem aku tersebut tidak mempunyai proses bisnes kerana melibatkan Six Sigma dan harapan panel adalah untuk melihat satu sistem yang mempunyai kepandaian untuk menganalisa data yang dimasukkan kedalam sistem dan memberikan output yang boleh membantu pengguna didalam proses Six Sigma.

Dan sistem aku hanya satu sistem input output. (aku kurang pasti orang lain ada atau tidak proses bisnes) Apa pun aku terima keputuasan tersebut. Itu keputusan panel. Dan aku sedang merancang apa perlu dilakukan untuk akan datang. (more…)

PITA. Getusan Hati

PITA_2010_SSTWSFBukan aku suka-suka mahu tulis perkara tak berilmiah dalam blog ini. Mungkin aku terpaksa.

Berikut adalah getusan hati terhadap pembentangan PITA yang telah lalu. Aku tidak tahu aku lulus atau tidak. Dengar kata seperti kegilaan mahu memberikan gref F kepada kebanyakkan pelajar.

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam isu ini. Mungkin aku yang bersalah. Entah. Ok mari teruskan!

Sistem Yang Biasa

Ini adalah pakej kepada getusan yang lain seperti;

  • Hanya input-output
  • Tak de kelebihan
  • Budak biasa pun boleh buat
  • Ini bukan FYP, ini projek semester
  • Macam ni guna Excel pun boleh

Memang tidak dinafikan bahawa didalam fikiran aku (more…)

Nombor Sahaja

Aku baru sahaja habis pembentangan PITA. Dan aku masukkan sedikit demi sedikit apa yang aku boleh kongsi didalam blog ini.

Mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan aku satu hari nanti.

Tutorial dan kod sumber dibawah adalah untuk memastikan input yang dimasuk didalam kotak teks adalah hanya bernilai nombor sahaja.

<input name=”cost” type=”text” onkeypress=”return numeralsOnly(event)”>

Cara yang digunakan diatas adalah menggunakan sintaks html kerana sintaks Struts mempunyai masalah apabila digunakan bersama fungsi javascript penambahan baris didalam bentuk meja. Dan jika tidak javascript tersebut akan dimasukkan menggunaan sintak dibawah; (more…)

Pembentangan PITA 2009/2010

quando il mio sistema sarĂ  completo?

Itu yang aku fikirkan sekarang ini. Bila aku boleh katakan sistem aku ini siap?

Struts Framework seolah-oleh membunuh aku. Dan petang ini MySQL pula buat hal. Terima kasih kepada mereka “berdua”.

Aku sayang kamu “berdua”.

Sabar! Aku yakin esok selesai semuanya.

Esok. Atau.. (more…)

Masukkan Javascript kepada Struts

Situasi: Aku mahu masukkan javascript untuk melakukan pengesahan sebelah klien kepada borang pendaftaran pengguna yang menggunakan Struts. Agar mudah untuk mengawal input yang akan dimasukkan kedalam pangkalan data. Aku mahukan hanya input berbentuk nombor sahaja yang akan diterima oleh sistem.

Tetapi penat aku mencuba tidak menjadi. Rupanya aku ada melakukan satu kesilapan kecil. Penangan sudah lama tidak menggunakan Javascript.

Yang salah:

<script type=”javascript” src=”sstwsf_javascript.js” />
<!– userICnumber and userPhone are numeralsOnly –>
<!– return numeralsOnly untuk check nilai sebelum masuk ke text field –>

(more…)

« Entri Sebelum Ini

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License