Aku pernah keluarkan 9 Edisi Terminal lebih setahun lalu dan kini aku buka edisi kesepuluh. Dan aku telah kemaskini sedikit, mana yang patut edisi yang lepas-lepas. Boleh kira macam ulang tahun pertama la.
Permasalahan ini dah lama aku hadapi. Apabila bina aplikasi menggunakan NetBeans dan Apache Tomcat yang dipasang sendiri aku tak tahu dimana simpannya fail WAR – Web Application Archive. Apabila aku gerakkan aplikasi web daripada NetBeans seharusnya dia akan letak fail WAR pada /opt/apache-tomcat-6.0.29/webapps/ tetapi itu tidak terjadi. Aku tak tahu dimana dia simpan fail WAR tersebut tetapi ajaibnya aplikasi dapat dijalankan dengan baik. Tiada masalah.
Tadi aku belek-belek buku Full Circle lama. Isu #19. November 2008. Maka aku dapat ilham untuk cuba mencarinya menggunakan terminal. Maka aku cuba dahulu;
locate apache | grep sstv2
dan jawapannya amat panjang. Tetapi aku jumpa dimana dia simpan!
Aku pernah membuat satu entri tentang pemain lagu didalam Linux yang aku suka antaranya MOCP (Music On Console Player). Semasa petang tadi sebelum balik sambil masuk kedalam ruangan irc #ubuntu-release-party aku terfikir untuk menggunakan cara yang lain maka aku memilih Decibel.
Aku pasang, aku buka. Tiada apa yang terjadi. Aneh. Aku tekan sekali lagi. Masih tiada apa yang terjadi. Aku tanya pada ruangan irc #ubuntu tetapi mereka pun tidak tahu apa yang terjadi. Mungkin masalah pepijat.
Ini yang ditulis didalam terminal;
tmukmkd@minimalisme:~$ decibel-audio-player
Traceback (most recent call last):
File “/usr/share/decibel-audio-player/src/decibel-audio-player.py”, line 191, in <module>
elif viewMode == consts.VIEW_MODE_NANO: wTree.get_widget(‘menu-mode-nano’).set_active(True)
AttributeError: ‘module’ object has no attribute ‘VIEW_MODE_NANO’
Notakaki 1: Tadi aku tulis fail configurasi didalam nano, dengar musik melalui mocp, pidgin aku buka melalui finch.
semuanya terminal. Cuma pelayar internet tidak aku buka guna elinks.

Soalan ini acap kali didengari oleh K lebih lagi ketika didalam Lab Linux untuk subjek Sistem Operasi. Linux itu sukar kerana perlu mengetahui dan mengingati arahan-arahan didalam Terminal (Shell). Sebenarnya K sendiri tidak mengingati dan pakar kepada semua arahan tersebut. Banyak cara untuk kita merujuk kembali arahan yang patut kita gunakan. Antaranya adalah menggunakan arahan whatis dan man. Dan terdapat cara yang lebih interaktif untuk mereka yang suka menggunakan Internet.
K mendapatnya daripada hebahan Twitter syafthegeek yang mengambilnya daripada linuxalive yang mengambilnya pula daripada junauza. Berikut adalah laman tersebut.
Biar banyak rujukan jangan tiada rujukan. Edisi 9, Tamat.
Junauza. 6 Ogos 2009. 10 Essential UNIX/Linux Command Cheat Sheets. www.junauza.com
Nota 1: Entri ini telah dikemaskini untuk pertama kali pada 7 Ogos 2009.
Nota 2: Entri ini telah dikemaskini untuk kedua kali pada 2 September 2010.
Edisi 8 menyambung tugas tersebut.
K dikehendaki mengajarkan serba sedikit tentang Linux kepada pelajar tahun dua Sarjana Muda Teknologi Maklumat (SMTM) Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Disebabkan K lebih menggunakan Terminal dan ada yang telah K tuliskan didalam AMBNaC, oleh itu K letakkan semua hiper rangkai didalam satu tempat agar lebih mudah untuk dicari.
Terminal Edisi 1: Suai Kenal – 12 Jun 2009
Terminal Edisi 2: pwd, ls, cd – 19 Jun 2009
Terminal Edisi 3: Bina, Pindah Dan Hapus – 26 Jun 2009
Terminal Edisi 4: Mengarang Di Terminal – 3 Julai 2009
Terminal Edisi 5: Pipe Dan Grep – 10 Julai 2009
Terminal Edisi 6: Lagu Didalam Terminal – 20 Julai 2009
Terminal Edisi 7: Pengurusan Pengguna Dan Kumpulan – 26 Julai 2009
Terminal Edisi 8: Penetapan rwx – 29 Julai 2009
Terminal Edisi 9: Rujukan Luar – 7 Ogos 2009
Terminal Edisi 10: Mana WAR File? – 3 September 2010
Nota 1: Dikemaskini pada 26 & 29 Julai 2009, 7 Ogos 2009, 2 September 2010