Aku, Desktop, GnomeDo Dan Compiz

Biasa. Tiada Istimewa

Desktop aku biasa je. Ruang kerja aku biasa saja. Tiada dock. Dulu ada, kini aku tutup. Tak minat. Bar hanya ada satu. Diatas sahaja. Yang dibawah aku buang. Kalau orang yang tak biasa tengok mesti kata serabut. Haha.

desktopAku lebih kerap gunakan apps launcher dalam GnomeDo untuk gerakkan aplikasi. Contohnya untuk buka GIMP untuk aku main-main gubah gambar sebelum aku masukkan dalam photoblog aku.

Aku hanya perlu tekan kekunci ‘Super+space’, tekan butang ‘g’, enter. Macam dibawah;

gnome-do-laucherDan GIMP akan terbuka. Sama juga untuk buka Terminal, hanya perlu tekan ‘t’,

  • Firefox tekan ‘f’,
  • Pidgin tekan ‘pi’ sebab ‘p’ Photoshop 7 dah ambik.
  • Rhythmbox tekan ‘r’
  • Chrome (Chromium)? Aku tak guna GnomeDo Apps Launcher sebab aku dah permudahkan lagi, untuk buka Chrome aku hanya perlu tekan shift+f2 maka Chrome akan terbuka. Haha.

Banyak Workspace

Aku suka gunakan Workspace atau ruang bekerja maya yang ada didalam Linux ini. Kalau boleh satu aplikasi yang aku buka aku asingkan ikut workspace tu. Macam sekarang aku pasang 5 workspace;

workspace-linux-ubuntu

  1. Chromium
  2. Kosong
  3. Rhythmbox
  4. Twitter (Pidgin)
  5. VirtualBox

Macam mana aku nak buka aplikasi yang berada di ruang kerja yang berlainan? Aku gunakan Compiz! Apa kau fikir Compiz tu untuk efek semata?

Ring Switcher

Aku guna ni sebab aku suka kaedah yang digunakan. Aku buat tetapan seperti dibawah;

ring-switcher-compiz

Dan jika aku mahu tukar aplikasi yang ada didalam ruang kerja – workspace yang sama aku gunakan alt+tab. Macam yang biasa korang buat. Dan jika untuk tengok aplikasi yang berada di ruang kerja yang lain, aku gunakan butang Super + tab. Heh.

Kenapa Aku Buat Macam Ni?

Aku lagi suka gunakan papan kekunci daripada mouse. Dan dengan itu aku buat kerja lagi pantas. Ikut koranglah nak ikut atau tak cara ni. Tapi aku memang guna cara ni.

Sekian entri tiba-tiba dari aku. Setelah lama tak kemaskini. Heh.

Notakaki 1: Super = Yang selalunya taruk logo Windows tu. Dalam Linux ni orang panggil Super.
Notakaki 2: Maaf kali ni terbanyak pula gambar.

Teori Aku: Kenapa Twitter Gila Hari Ini

Penafian: Aku tak tahu perihal sebenar. Ini hanya satu teori daripada aku semata-mata. Mungkin benar mungkin tidak.

Simptom Penyakit Twitter Gila

Twitter mendapat penyakitnya lagi hari ini. Rata-rata orang menggangap itu masalah yang hebat kerana satu kali mereka membuat tweet paling kurang dua kali akan keluar tweet tersebut. Itu paling kurang. Paling banyak satu laman penuh.

Teori Aku

Selalunya aku jumpa penyakit ini didalam Forum Cari. Penyakitnya adalah pelayan mengatakan data yang dihantar oleh pengguna tidak sampai. Dan dengan itu pengguna (pelayar internet/klien API) akan menghantar beberapa kali data tersebut sehingga berjaya atau gagal sepenuhnya.

Aku cuba tadi untuk memastikan perkara ini dan ini yang aku jumpa;

teori-twitter-gila-hari-iniPerhatikan tulisan di atas itu. Pelayan Twitter memberi mesej ‘Ralat 505: Internal Server Error‘ atau kata mudahnya mesej tersebut tak sampai atau gagal kepada pengguna/klien API tetapi sebenarnya mesej tersebut telah pun sampai.

Dan jika pengguna menggunakan klien API klien tersebut akan terus mencuba penghantaran mesej sehingga menjadikan mesej tersebut keluarnya dengan kuantiti yang banyak

Resolusi untuk masa ini antaranya adalah;

  • Tutup Twitter. Buat kerja lain.
  • Guna Web, jangan guna klien API.
  • Hanya tekan sekali sahaja tweet. Jangan banyak kali, jika ada ralat 505, tekan F5 untuk kemaskini laman.

Itu pun jika moby dick dan 8 orang putera pipit tak terbang bersama.

Apa lagi kegilaan Twitter yang anda jumpa petang ini?

Kemaskini 1: Twitter kata mereka mahu tutup selama tiga hari. Hehe. Boleh atau tidak?

Twhirl. Aku Jatuh Cinta

Persaingan lima aplikasi yang merebut takhta Ratu Klien Twitter aku semakin memuncak ( ̄△ ̄ゞ. Jika kamu mengikut penulisan aku mengenai Lima Klien Twitter di Linux aku telah mengeluarkan senarai lima bakal ratu yang akan menjadi klien twitter aku. Mungkin boleh menjadi pedoman kepada kamu semua. Dengan persaingan antara dua klien iaitu Buzzbird dan Pino untuk menentukan siapa yang bakal menjadi pasangan aku nanti yang memperlihatkan kelebihan berpihak kepada Buzzbird dengan tidak semana mana datang satu lagi pesaing yang terus mengoncang pemilihan aku. Twhirl. Aplikasi yang menggiurkan ini menggunakan Adobe Air. Apa yang menarik pada Twhirl sehingga mampu menggugat kedudukan Buzzbird yang sudah hampir pasti menggapai takhta Ratu. Teruskan pembacaan ya (°°;).
(more…)

Lima Klien Twitter di Linux

Twitter memang satu trend yang hebat didunia. Di UMT mungkin kurang sikit kerana kurang pendedahan. Tetapi ada sedikit golongan yang suka menggunakan Twitter. Kerana Facebook disekat semasa waktu bekerja dan Yahoo Messenger (YM) lambat. Oleh itu aku, Farehan dan Illias merasakan Twitter adalah terbaik!.

Ada banyak klien untuk Twitter. Sama ada menggunakan klien berasaskan pelayar internet, ruang kerja ataupun lebih gila atau g33k menggunakan CLI atau didalam bahasa melayu adalah antaramuka arahan berbaris antara muka garis perintah antara muka garis perintah. Dan yang aku mahu tunjuk pada entri ini adalah lima (5) klien Twitter yang aku dah cuba untuk Linux. Aku guna Linux Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

dari kiri ke kanan: buzzbird, pino, qwitik, twitux, gtwitter

(more…)

Twitter Di Godam

Tentera Siber Iran
Defacement yang dilakukan keatas Twitter oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka Tentera Siber Iran mengeluarkan gambar seperti dibawah.

Dengan memberi mesej;

Iranian Cyber Army
THIS SITE HAS BEEN HACKED BY IRANIAN CYBER ARMY
iRANiAN.CYBER.ARMY@GMAIL.COM
U.S.A. Think They Controlling And Managing Internet By Their Access, But They Don’t, We Control And Manage Internet By Our Power, So Do Not Try To Stimulation Iranian Peoples To….
NOW WHICH COUNTRY IN EMBARGO LIST? IRAN? USA?
WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST ;)
Take Care.

Carian di enjin carian Google menunjukkan dengan jelas kelainan apabila pengguna melakukan carian tentang Twitter.

Laman web lain yang mengalami perkara sama adalah mowjcamp. Kenapa dan mengapa laman itu digodam masih menjadi persoalan.

Sumber
Jay Hathaway. 18 Disember 2009. Twitter down, reportedly hacked by “Iranian Cyber Army”. Via downloadsquad
Michael Arrington. 17 Disember 2009. Twitter Hacked, Defaced By “Iranian Cyber Army” (Developing). Via TechCrunch

Dikuasakan oleh Wordpress | Rekabentuk asas oleh Elegant Themes | Di Ubuntu kan oleh Syafiq
Semua karya didalam blog ini adalah dilesenkan dibawah
Lesen Pengiktirafan-Bukan komersial-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons
kecuali dinyatakan sumbernya.

Creative Commons License