Maju rupanya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ni. Lepas kapal RV Discovery 12 Juta datang pula bas dua tingkat. Kalau tak cukup bas juga lepas ni tak tahu la! Kene beli kapal terbang Airbus A380 pulak.
Ini khas untuk UMT, PTM UMT dan juga mereka yang terlibat dengan penetapan tu.
Aku suka MyNemo. Ramai pelajar suka MyNemo. Menarik. Ada kuda laut, nemo atau ikan badut datang singgah kadang kadang. Tapi kalau dapat baiki dua perkara ini lagi baik. Lagi menarik;
1. Intergrasi semasa log masuk.
Aku faham perkara ini mungkin terjadi sebab intergrasi maklumat data pelajar, staf dan warga UMT yang lain didalam MyNemo.
Semalam lantai yang bakal menjadi bangunan INOS di Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dibina runtuh. Maka spekulasi seperti rasuah dan Terengganu Darul Runtuh terbit. Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat daripada orang ramai.Tujuannya hanya satu, untuk mencari mengapa lantai tersebut boleh runtuh.
Ada beberapa spekulasi berkaitan tentang ini, dan antaranya mengatakan bahawa punca utamanya adalah berkaitan dengan perancah atau aram-aram yang digunakan untuk menyokong bahagian yang akan di konkrit tersebut tidak cukup kukuh.
Aku bukan orang teknikal didalam hal hal kejuruteraan awam ini maka aku cari orang yang lebih ahli daripada aku.
Muntz daripada Cari Forum mengatakan bahawa;
diorang tak pasang scaffolding/temporary structure yg cukup kukuh utk menampung beban bumbung yg akan dikonkrit
Ini kerana bahagian yang mahu dikonkrit tersebut terlalu tinggi dan tiada tapak sedia ada dibawahnya yang boleh digunakan sebagai penampung.
Tak silap aku kalau ikut standard, mana2 scaffolding lebih 10 meter (tak silap aku, siapa2 boleh tolong betulkan), ianya mesti ada proper design.
Namun ada pendapat dan ura-ura yang mengatakan punca sebenar adalah daripada kren tersebut (nampak kren tu?) Nanti aku kemaskini. Sekarang aku mahu pergi belajar secara berkumpulan untuk peperiksaan esok.
Menurut seorang saksi punca kepada kejadian itu adalah kerana tapak sokongan atau perancah tersebut dihentam oleh wayar daripada kren pengangukut simen. Dan disebabkan itu pekerja yang berada diatas terjatuh bersama simen yang akhirnya menimbus mereka bersama-sama besi perancah yang rosak tersebut.
Apa pun itu hanya pandangan dan kata-kata daripada seorang yang melihat daripada gambar yang telah ditunjukkan dan juga seorang saksi yang tidak dikenali yang aku dapat daripada myMetro. Selebihnya serahkan pada laporan rasmi nanti.
Jika kamu tidak tahu lagi pasal ini, aku ada tulis dan letakkan beberapa keping gambar yang aku ambil dari rakan-rakan aku. si [sini] .
Notakaki 1: Scaffolding yang dinyatakan adalah perancah atau aram-aram.
Notakaki 2: Sebenarnya aku aneh dengan reka bentuk bangunan ini. Entah kenapa.
[1] Zaid Salim and Khairul Hamizy Ramlee, “Mati tertimbus simen,” myMetro, Mar. 2010.
Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Difahamkan menurut sumber dalaman bangunan yang terlibat didalam runtuhan kali ini adalah bangunan yang dikatakan bakal menjadi Pusat Komputer Berpusat untuk pelajar pada masa akan datang. Sumber lain mengatakan bahawa bangunakan tersebut adalah untuk Institut Oseanografi UMT [1]. Aku pun kurang pasti tentang perkara ini.
Jumlah mangsa yang terlibat sehingga kini adalah sebanyak 5 7 8 orang [1] [2]. Seorang mati ditempat kejadian.
Antara gambar yang diperolehi daripada rakan-rakan Facebook aku.
Takziah kepada semua mangsa yang terlibat tidak kira berapa pun bilangan mereka.
Sumber Gambar: Zulkefli dan Muzakir
Kemaskini: Betulkan tatabahasa dan ejaan serta masukkan gambar.
Notakaki 1: Chip, ko dah terkenal. Banyak kredit gambar ke kau. Walhal. Semua cedok dari sini, muat naik semula.
Notakaki 2: Mungkin diorang tak belajar sanad. Mereka bukan pengamalnya.
Notakaki 3: Lepas ini Muzakir pun mungkin popular.
Notakaki 4: Ada yang letak watermark macam itu sendiri punya. Kesian kamu Chip.
[1] mstar, “Bumbung Bangunan Dalam Pembinaan UMT Runtuh, Seorang Pekerja Maut,” mstar, Mar. 2010.
[2] the Star Online, “A floor in a UMT building collapses, killing a Bangladeshi (Update),” the Star Online, Mar. 2010.
Disebabkan Kamen Rider telah hilang buku Garis Panduan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) yang telah diberikan secara fizikal iaitu buku, maka aku muatnaik versi e-buku yang telah diberikan pada awal musim PITA sesi 1 dahulu. Moga membantu.